Categories: Resipi

Resipi Kerepek Pisang Guna Oven, Syok Makan Sebab Rangup & Tak Berminyak!

Resepi kerepek pisang ini sangat mudah dibuat. Yang paling best, hanya guna tiga bahan je! Sesuai sangat untuk sesiapa yang nak hidangan ringkas tapi tetap sedap. Dengan cara penyediaan yang mudah, sesiapa saja boleh cuba buat.

Kerepek pisang ini bukan sahaja sedap, tetapi juga menjadi snek sihat yang boleh dinikmati tanpa rasa bersalah kerana dibakar menggunakan oven. Tiada setitis minyak pun digunakan!

Apa yang lebih menarik, rasanya jauh lebih enak dari kerepek pisang yang dibeli di kedai. Anda juga dapat menikmati kerepek yang rangup dan bebas bahan pengawet atau perasa tambahan.

Baca juga: Jom Buat Kerepek Kentang Homemade Yang Nipis, Rangup & Tak Hangit!

CARA BUAT KEREPEK PISANG RANGUP

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Panaskan oven dengan suhu 170°C.
  2. Dalam mangkuk, campurkan telur dan tepung jagung. Kacau rata sehingga halus dan adunan tidak berketul. Ketepikan.
  3. Hiriskan pisang mengikut ketebalan yang disukai. Pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
  4. Selepas itu, celupkan hirisan pisang ke dalam campuran tepung dan telur tadi.
  5. Susunkan pisang di atas dulang pembakar.
  6. Bakar selama 30 minit atau sehingga keemasan dan rangup.
  7. Sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
  8. Boleh juga terus dinikmati bersama seisi keluarga. Selamat mencuba!

Sumber resipi dan gambar: 2day’s Delights

Baca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago