Categories: Resipi

Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!

Sekarang ramai yang mula mencari cara buat Kek Pisang yang mudah dan sedap kerana ia merupakan kek klasik dan tak pernah lapuk dek zaman.

Kek Pisang merupakan sejenis kek beraroma pisang yang cukup asli dan tiada orang akan menolak apabila melihatnya terhidang di depan mata.

Cara membuat kek klasik ini sangat mudah dengan hanya menggaul bahan yang diperlukan dan dimasukkan ke dalam loyang untuk dibakar atau dikukus.

Baca juga: Wanita Ini Ajar Cara Buat Kek Jantung Pisang Tanpa Oven, Boleh Guna Kuali Je!

Selain dibakar dalam ketuhar dengan api perlahan sehingga masak, ada sesetengah orang menyediakannya dengan cara mengukus supaya hasilnya kekal gebu dan lembab.

Kek Pisang sangat mudah didapati di mana-mana pasar raya atau kedai runcit di Malaysia yang biasanya terjual dalam bungkusan plastik dalam bentuk pisang.

Nur Aliya Maisarah telah kongsikan resipi Kek Pisang di Facebook yang sangat sedap dan mudah tanpa menggunakan banyak bahan sekalipun. Jom kita cuba!

CARA BUAT KEK PISANG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, gaul rata semua bahan sehingga lumat.

2. Selepas itu, masukkan dalam loyang dan kukus selama 45 minit. Jika bakar, selama 25 minit.

3. Setelah siap, tunggu sejuk dahulu barulah boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!

Walaupun boleh dibeli, namun tiada salahnya jika kita cuba cara buat Kek Pisang ini kerana lebih puas hati apabila kek klasik dibuat dengan air tangan sendiri.

Jika tak tahu nak sediakan hidangan sarapan atau minum petang apa untuk keluarga di rumah, bolehlah sediakan Kek Pisang yang gebu dan lembab ini.

Kek Pisang juga merupakan idea hidangan pencuci mulut terbaik untuk pelbagai jenis jamuan atau buat tetamu yang datang ke rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Aliya Maisarah

Baca juga: Resepi Kek Pisang Kukus, Nak Berurat Cantik Guna Pisang Jenis ‘Ini’!

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago