Ramai orang yang cenderung untuk menggunakan cili sewaktu menyediakan hidangan pedas, tapi sebenarnya ada beberapa bahan pedas yang boleh gantikan cili tau.
Orang Malaysia dari dulu lagi takkan lari daripada makan makanan pedas tapi tak semua orang yang boleh terima untuk menikmati hidangan yang mengandungi cili.
Oleh itu, anda boleh gunakan bahan pedas yang kami senaraikan di bawah sebagai pengganti cili ketika memasak hidangan di rumah. Jom kita tengok!
Baca juga: 6 Bahan Ini Boleh Jadi Pengganti Telur Dalam Masakan, Tetap Sedap Macam Biasa!
1. Wasabi
Wasabi atau lobak pedas Jepun ini mempunyai rasa pedas dan sering digunakan untuk makan bersama sushi. Bahan ini sesuai untuk orang yang suka makan makanan Jepun di rumah.
2. Buah pala
Buah pala adalah benih dari spesies pokok myristica. Pala wangi dan pala sejati ialah pokok jenis malar. Walaupun masam dan kelat, tapi pala boleh diproses menjadi halwa dan rempah yang menghasilkan rasa pedas dalam masakan.
3. Paprika
Paprika diambil dari capsium yang dihasilkan dari cili kering. Bahan pedas ini mempunyai tahap kepedasan yang berbeza, tapi lebih cenderung untuk menghasilkan rasa pedas yang lembut dalam masakan.
4. Halia
Halia merupakan sejenis tumbuhan yang mana rizomnya diambil dan digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan tradisional. Walaupun nampak seperti biasa saja, namun bahan ini mempunyai rasa pedas yang tersendiri.
5. Lada putih
Lada putih berasal dari biji lada. Walaupun kurang pedas, namun ia banyak digunakan dalam masakan Asia. Biasanya mak-mak yang suka gunakan bahan pedas ini semasa buat kuih goreng.
6. Lada hitam
Lada hitam pula berasal dari buah lada. Rasanya lebih pedas berbanding lada putih dan sering digunakan dalam masakan Barat. Peminat chicken chop dan spaghetti pasti menyukainya.
Kesimpulannya, tak perlu risau jika tak boleh makan cili atau stoknya sudah habis di dapur kerana anda boleh gunakan mana-mana bahan pedas di atas untuk gantikannya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: PnSyuhaida
Baca juga: Cili Boh VS Serbuk Cili, Mana Satu Yang Lebih Bagus Dan Tahan Lama?
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…
Halia goreng antara cara menarik untuk menikmati halia selain digunakan sebagai bahan tumisan atau masakan.…
Bagi anda yang gemar membuat persiapan Hari Raya sambil membeli-belah, Absolut Bazaar X Festival Gaya…
Pais ikan kembung antara hidangan tradisional yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimasak bersama bahan…
Resepi kuih bahulu ini sesuai dicuba bagi anda yang ingin menyediakan sendiri kuih tradisional kegemaran…