cara buat karipap rangup

Rupanya ada cara buat karipap rangup yang kulitnya lembut di dalam tetapi rangup di luar dan kelimnya tidak terbuka semasa digoreng. Resipi ini sesuai untuk semua, terutama beginner yang nak cuba buat karipap homemade di rumah.

Kalau sebelum ini kecewa sebab karipap selalu terbuka atau lembik, jangan risau. Kami akan kongsikan resipi kulit, inti dan petua penting supaya kelim karipap rapat dan kulit kekal rangup.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

CARA BUAT KARIPAP RANGUP DAN TIPS KELIM TAK TERBUKA

cara buat karipap rangup

Bahan-bahan inti:

  • Daging / ayam / ikan bilis (ikut citarasa)
  • 1 ulas bawang besar (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 ulas bawang merah (dicincang)
  • 5 biji ubi manis (potong dadu)
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • Serbuk lada hitam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara buat inti:

  1. Tumis bawang hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk kari, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging/ayam/ikan bilis, gaul rata.
  4. Masukkan ubi manis, tambah air hingga menutupi ubi.
  5. Masak hingga ubi empuk, kemudian masukkan perasa, gula dan lada hitam. Gaul rata.
  6. Masak hingga air kering sepenuhnya. Inti siap digunakan.

Bahan-bahan kulit karipap:

  • 4 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • ½ cawan minyak masak (panaskan, kemudian biarkan sejuk)
  • 2 sudu makan marjerin (dicairkan)
  • ¾ cawan air sejuk

Cara buat kulit karipap:

  1. Tuangkan minyak dan marjerin ke dalam tepung, gaul rata dengan sudu atau garfu.
  2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh lembut.
  3. Rehatkan doh seketika.
  4. Canai doh, masukkan inti dan kelim rapat.
  5. Panaskan minyak kemudian baru goreng karipap.
  6. Minyak panas yang dimasukkan ke doh membantu kulit karipap rangup di luar dan lembut di dalam.

Tip penting elak kelim terbuka:

  • Sapu air atau telur di bahagian kelim sebelum digoreng.
  • Untuk karipap frozen, bakar dahulu dalam oven 5 minit pada suhu 160°C (api atas bawah), kemudian sejukkan dan baru bekukan.

Sumber: Encik Zen

Baca juga: Resepi Jemput Pisang Paling Menjadi, Campur 2 Jenis Tepung Baru Rangup Gebu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN