Menu kari terung ikan masin kurau ini sememangnya enak dan sesuai dijadikan sajian makan tengahari.
Hanya satu lauk ini sahaja sudah boleh membuat makan nasi bertambah-tambah.
Mudah sahaja bahkan satu lauk ini sahaja sudah cukup kerana lengkap dengan sayuran.
Nak cuba?
Baca juga: Patutlah ‘Viral’ Resipi Terung Goreng Crispy Ni, Serius Sedap!
Jom ikuti perkongsian resipi dari Nurul Ateekah ini Selamat mencuba semua.
Bahan-bahan:
9 biji terung bulat
7 keping ikan masin kurau
4 sudu besar rempah kari ikan
2 cawan perahan santan
1 cawan air masak
2 tangkai daun kari
Bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – diketuk
Serai – diketuk
1 helai daun pandan – disimpul
1 inci halia
Serbuk perasa
Garam
Gula
Minyak masak
Tip tambahan: Rempah kari perlu dibancuh dengan air untuk dijadikan pes.
Cara-cara memasak:
1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan masin sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, serai, daun kari, daun pandan dan halia sehingga naik bau dan sedikit keperangan.
3. Masukkan pes rempah kari dan gaul rata. Masak sehingga pecah minyak (pastikan masak guna api perlahan) supaya rempahnya betul-betul masak.
4. Kemudian masukkan terung dan ikan masin. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan santan dan juga serbuk perasa, garam dan juga gula mengikut cita rasa. Gaulkan kesemuanya sehingga sekata dan biarkan ianya masak dengan sempurna.
6. Angkat dan Kari Terung Ikan Masin Kurau siap untuk dihidang.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…