kapurung sabah

Siapa dekat sini memang suka makanan tradisi? Bila sebut kapurung Sabah, ramai terus terbayang hidangan berkuah yang unik dengan bebola ambuyat kenyal, rasa segar dan gabungan pedas, masam serta umami yang memang membuka selera. Hidangan ini memang antara makanan tradisi Sabah yang cukup digemari.

Menariknya, kapurung ini bukan sekadar sedap, tapi juga lengkap dalam satu hidangan. Ada sumber karbohidrat dari sagu, protein dari ikan dan pelbagai khasiat dari sayur hijau seperti kangkung dan bayam. Bila ditambah kacang tanah goreng yang ditumbuk halus, kuah jadi lebih berlemak, pekat dan kaya rasa.

Walaupun nampak macam rumit, sebenarnya kapurung mudah sahaja untuk disediakan di rumah. Kunci utama terletak pada kesegaran bahan dan keseimbangan rasa dalam kuahnya. Jadi, MyResipi kongsikan versi mudah yang boleh dicuba sendiri di dapur, guna bahan harian pun boleh jadi sedap. Selamat mencuba!

Baca juga: Kuih Cincin Yang Rangup, Sedap Sebijik Macam Beli Di Sabah

CARA BUAT KAPURUNG SABAH

kapurung sabah

Bahan-bahan:

  • Jagung (disagat atau dipotong kecil)
  • Kacang panjang
  • Kangkung
  • Jantung pisang
  • Ikan sardin dalam tin (pilih yang pedas jika suka kick)
  • Ikan bilis
  • Kacang tanah
  • Garam secukup rasa
  • Perasa (Aji atau secukupnya)
  • Air secukupnya

Untuk hidangan sampingan:

  • Cili padi (dikisar)
  • Limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Masukkan jagung, kacang panjang, kangkung dan jantung pisang. Rebus sehingga sayur empuk dan masak.
  3. Masukkan ikan sardin dalam tin bersama kuahnya ke dalam periuk. Gaul rata supaya rasa sebati.
  4. Goreng ikan bilis dan kacang tanah berasingan, kemudian toskan minyak.
  5. Tumbuk atau kisar kasar ikan bilis dan kacang tanah tadi. Masukkan ke dalam periuk sup.
  6. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya mengikut cita rasa.
  7. Biarkan mendidih seketika supaya semua rasa mesra dalam kuah.
  8. Hidangkan panas-panas bersama cili padi kisar dan perahan limau nipis untuk rasa lebih “kick”.
  9. Letakkan ambuyat ke dalam kuah sebagai pelengkap untuk dinikmati bersama.

Sumber: Dayang Zainuriah Amn

Baca juga: Cara Buat Ambuyat Guna 2 Bahan Mudah, Campur Tepung & Air Panas Je!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN