cara buat jeruk petai

Banyak sangat petai di rumah sampai tak tahu nak buat apa, jangan risau kerana kami ada cara buat Jeruk Petai yang mudah.

Petai berwarna hijau terang dan mempunyai bau yang sangat kuat dan tajam, serta boleh dimakan secara mentah atau tumis dengan pelbagai jenis hidangan.

Bagi memastikan ia tahan lama, anda boleh gunakan cara buat Jeruk Petai yang dikongsikan oleh Zila KJ di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Cili Jeruk Anti Kulat, Nak Segar Tahan Lama Jangan ‘Skip’ Langkah Ini

CARA BUAT JERUK PETAI

cara buat jeruk petai

Bahan-bahan:

  • Petai
  • Air masak
  • Garam kasar secukupnya
  • 5 hingga 6 biji cili padi merah

Cara-cara membuat:

1. Basuh petai hingga bersih.

2. Didihkan air dalam periuk. Kemudian rebus petai tadi.

3. Bila warna kulit petai bertukar warna seperti dalam gambar, angkat dan toskan airnya.

cara buat jeruk petai

4. Setelah petai sedikit suam, keluarkan isi dari kulit. Isi petai dimasukkan dalam bekas berisi air biasa.

5. Bila siap dikupas, basuh petai tadi bagi membuang lendir dan sisa kulit yang masih melekat. Tos guna penapis.

6. Biarkan petai dalam penapis semalaman. Ia bertujuan memastikan air rebusan betul-betul kering. Nanti bila dijeruk, petai masih rasa rangup.

7. Masukkan petai ke dalam balang bersih. Kemudian isi air masak hingga melebihi paras petai.

8. Letak garam kasar secukupnya di bahagian permukaan atas. Tak perlu gaul atau goncang kerana garam akan larut perlahan-lahan. Masukkan juga cili padi untuk rasa pedas (jika suka). Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari.

9. Cukup tempoh 3 hari, ambil sebiji petai dan rasa. Jika tidak masin, tambah sedikit lagi garam. Selepas seminggu, siap untuk dinikmati!

Ramai yang sudah menjadikan cara buat Jeruk Petai ini sebagai pembangkit selera dan dimakan bersama nasi panas, anda juga jangan ketinggalan untuk membuatnya di rumah nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: ZiLa KJ

Baca juga: Cara Masak Sardin Sambal Petai Yang Simple, Campak-Campak Dengan 3 Langkah Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN