inti tart nenas

Inti tart nenas penting untuk buat kuih tart yang sedap dan manis. Bila buat sendiri, kita boleh kawal manis ikut cita rasa dan aroma nanas pun lebih wangi. Lagi menarik, inti homemade ini lebih berkualiti berbanding beli luar.

Cara membuat inti tart nanas mudah saja. Hanya perlu guna nanassegar, gula, daun pandan dan sedikit kulit kayu manis. Masak sampai airnya susut dan inti jadi likat serta berwarna keemasan.

Selain untuk kuih tart, inti ini boleh juga jadi topping biskut atau kuih lain. Simpan dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk, boleh tahan berbulan-bulan tanpa hilang rasa atau aroma.

Baca juga: Tak Perlu Oven! Ini 7 Resipi Biskut Raya Tanpa Bakar Paling Senang & Sedap

CARA BUAT INTI TART NENAS

inti tart nenas

Bahan-bahan:

  • 2 biji nenas sederhana besar
  • 1 cawan gula pasir (boleh tambah atau kurang ikut citarasa)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas dan bersihkan nenas, kemudian parut atau cincang menggunakan copper/food processor.
  2. Masukkan nenas parut, kulit kayu manis dan daun pandan ke dalam kuali.
  3. Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau sehingga air nenas mula menyusut.
  4. Tambahkan gula dan secubit garam. Teruskan memasak sehingga inti benar-benar kering dan berwarna keperangan.
  5. Biarkan inti sejuk sepenuhnya sebelum disimpan.
  6. Simpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam chiller. Inti nenas boleh tahan sehingga beberapa bulan.

Sumber: Ummi Danishaluq

Baca juga: Resipi Biskut Kelapa Legend Yang Rangup & Mudah Dibuat, Terubat Rasa Dulu-Dulu Yang Dirindui

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN