Sebaiknya ikan rebus homemade kita buat sendiri kat rumah. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lagi puas hati.
Nak lagi mudah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer. Tapi ada caranya kalau nak tahan berbulan-bulan! Jom lihat cara yang dikongsikan Puan Nor Azua Amlan di bawah.
Kalau boleh elakkan dan jangan beli yang ada jual dalam raga rotan dekat pasar-pasar tu, sebab tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram je dengan air.
Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezzer. Tahan berminggu-minggu, bila nak makan/goreng ambil je.
* Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, jangan. direndam, bila dah lembut, terus goreng. Jangan gaul bersama serbuk kunyit. Tak perlu!
Tak perlu basuh ikan tersebut sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.
Kredit: Nor Azua Amlan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…