Minum petang paling bahagia jika dapat makan cucur rangup dan sedap. Buat pengetahuan anda, ada cara buat cucur dengan menggunakan tempe tau.
Tempe ialah makanan kacang soya yang amat terkenal di Asia Tenggara. Walaupun sering dikaitkan dengan tauhu, tempe sebenarnya amat berlainan.
Rasa tempe lebih kuat dan mempunyai tekstur yang lebih keras berbanding tauhu, tapi tak ramai yang suka makan tempe begitu saja.
Oleh itu, kami kongsikan cara buat Cucur Tempe Pedas yang diajar oleh zam.akmal melalui video di Instagram. Jom cuba!
Baca juga: Senarai Kuih Goreng Untuk Menu Minum Petang, Ramai Kata Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Tumbuk tempe secara kasar, tak perlu terlalu halus.
2. Campurkan tempe bersama bahan lain iaitu sedikit garam, biji ketumbar yang telah ditumbuk halus, sebiji telur dahulu, bawang besar, lobak merah, daun bawang dan daun limau purut.
3. Gaul sedikit kemudian masukkan sebiji telur lagi bersama tepung beras dan crispy chilli Anchovy untuk rasa lebih pedas.
4. Kemudian, gaulkan semuanya sehingga sebati dan boleh mula menggoreng.
5. Ratakan sedikit adunan sebelum menggoreng supaya bentuknya seperti segi empat, terpulang jika nak tebal atau tak, kemudian goreng sehingga garing dan toskan. Siap untuk dihidang!
Cara buat Cucur Tempe Pedas ini sesuai buat mereka yang tak berapa sukakan tempe dan kesedapannya pasti membuatkan anda sekeluarga makan sampai berulang kali.
Jika anda mempunyai banyak lebihan tempe di rumah, bolehlah buat Cucur Tempe Pedas ini sebagai hidangan sarapan atau minum petang buat seisi keluarga.
Senang cerita, orang yang tak suka makan tempe pun boleh jatuh cinta dengan Cucur Tempe Pedas ini.
Selamat mencuba!
Sumber: zam.akmal
Baca juga: Cucur Tauhu Anti Gagal, Makan Dengan Sambal Kicap Lebih Padu!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…