Banyak peniaga di pasar malam menjual cakoi, sejenis kuih yang berbentuk panjang. Cara buat cakoi sebenarnya cukup mudah, ada tips untuk hasilnya lembut.
Mereka yang kali pertama melihatnya pasti tertanya-tanya, kuih apa itu? Cakoi adalah sejenis kuih dengan doh berbentuk panjang dan berwarna perang keemasan.
Cakoi merupakan salah satu masakan masyarakat China dan turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara yang dikenali sebagai patongko di Thailand.
Nak tahu cara buat cakoi yang lembut? Ikut saja langkah demi langkah yang diajar oleh Sha Roziah Al Yahya di Facebook ini.
Baca juga: Resipi Baby Cakoi & Baby Donut Yang Lembut Sampai Ke Malam
Bahan-bahan cakoi:
Bahan-bahan kuah pandan:
Cara-cara penyediaan cakoi:
1. Satukan tepung gandum, yis, baking powder, minyak masak, gula dan garam ke dalam bekas besar, kemudian gaul sehingga semuanya jadi sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam bekas tepung, kemudian uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
3. Canai doh secara memanjang dengan ketebalan lebih kurang 1cm, kemudian potong kecil-kecil secara melintang.
4. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
5. Perap doh tadi sehingga naik 2 kali ganda dari asal.
6. Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil. Setelah kekuningan, angkat dan toskan. Siap!
Cara-cara penyediaan kuah pandan:
1. Masuk semuanya dalam periuk dan masak atas api sederhana.
2. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (lebih kurang sama seperti buat kaya), kemudian angkat dan sejukkan.
Jangan lupa untuk menguli lama bagi mendapatkan hasil cakoi yang lembut. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai hidangan untuk minum petang.
Selamat mencuba!
Sumber: Sha Roziah Al Yahya
Baca juga: Cara Buat Cakoi Yang Elok Berongga & Bersarang, Tak Perlu Guna Yis!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…