cara buat budu

Rupanya ada cara buat budu jadi lebih sedap daripada asal, iaitu dengan menambah bawang, cili, bunga kantan dan perahan limau nipis. Gabungan ini boleh jadikan rasanya makin padu dan lebih menyelerakan.

Nak sediakan pun tak susah, tak perlu masak pun. Hanya perlu hiris bahan yang disenaraikan, gaul rata dan terus boleh hidang bersama nasi panas, lauk-pauk kesukaan dan ulam-ulaman segar.

Bau harum bahan hirisan dan rasa masam-masam limau memang boleh buat selera bertambah! Jika ada yang ingin mencuba, jom lihat cara-cara penyediaannya dengan lebih lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur ‘Rangup’, Tulang Pun Boleh Makan!

CARA BUAT BUDU JADI BERTAMBAH SEDAP

cara buat budu

Bahan-bahan:

  • Bawang merah (dihiris)
  • Cili api (dihiris)
  • Bunga kantan (dihiris)
  • Serai (dihiris)
  • Limau nipis (ambil air perahannya sahaja)
  • Budu

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan hirisan iaitu bawang merah, cili api, bunga kantan dan serai ke dalam satu mangkuk. Pastikan bahan-bahan dihiris nipis.
  2. Kemudian, tuangkan budu secukupnya ke dalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi. Gaul rata hingga semua bahan bercampur sempurna dan naik aromanya.
  3. Akhir sekali, perahkan jus limau nipis untuk seimbangkan rasa.
  4. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, lauk pauk kesukaan dan ulam-ulaman segar. Memang pembuka selera!

Sumber: Siti Zanariah

Baca juga: Singgang Tumis Ikan Selar, Padankan Bersama Budu, Terus Tak Pandang Kiri Kanan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN