bubur nasi berlauk

Bubur nasi berlauk merupakan sajian yang enak dinikmati pada bila-bila masa sahaja tak kira pada waktu sarapan atau semasa makan tengahari.

Sama seperti nasi putih, bubur nasi juga enak dimakan bersama dengan pelbagai jenis hidangan sampingan seperti ikan bilis goreng, kangkung goreng belacan, telur masin, kacang goreng dan sebagainya.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Mak Su menerusi grup Facebook, Masak Apa Hari Ni (MAHN) di bawah.

RESIPI BUBUR NASI BERLAUK

Bahan-bahan bubur:

  • 2 cawan beras (dikisar)
  • 6 cawan air

Cara penyediaan bubur:

  1. Masak bubur sepeti biasa. Apabila makin pekat, boleh tambah sedikit air.

Bahan-bahan kangkung goreng belacan:

  • Bawang putih
  • Sambal belacan
  • Kangkung
  • Bawang holland
  • Cabai besar merah

Cara penyediaan kangkung goreng belacan:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga garing. Masukan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.
  3. Goreng dengan api yang besar. Kemudian masukan bahan perisa, cabai besar yang dihiris, kemudian masukan bawang holland. Siap untuk dihidangkan.

Bahan untuk hidangan:

  • Kacang tanah (digoreng)
  • Ikan bilis (digoreng)
  • Telur masin (direbus)
  • Bawang goreng
  • Limau
  • Daun bawang
  • Kangkung goreng belacan

**Boleh juga dihidangkan bersama isi dada ayam.

Kredit: Mak Su

Baca juga: Resipi Bubur Ayam Chinese Style, ‘Comfort Food’ Untuk Anak-Anak Demam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN