bubur ayam

Cuaca di Malaysia yang tidak menentu sekarang ini menyebabkan ramai yang tidak sihat badan dan sakit tekak. Pada waktu ini, makanan lembut seperti bubur ayam saja yang mampu ditelan.

Kalau nak mnaikkan lagi selera, boleh cuba resipi bubur ayam homemade yang memang sedap ini. Bila buat sendiri, boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai.

Bukan saja kosnya yang jauh lagi murah dari beli, cara memasak juga tidak begitu renyah. Jom cuba buat dengan menggunakan resipi yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail ini.

RESIPI BUBUR AYAM TERSEDAP

Bahan-bahan:

  • Beras 2 pot (masak dulu nasi, lagi cepat masak)
  • Carrot sebatang (potong dadu)
  • Isi ayam 2 ketul (rebus dan carikkan)
  • Kiub ayam
  • Bawang putih (cincang halus)
  • Lada hitam + lada sulah + garam
  • Halia seinci (diketuk)

Cara-cara:

1. Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering, tambahkan lagi air.

2. Kemudian masukkan carrot dan isi ayam. Isi ayam simpan sikit untuk tabur atas bubur masa nak makan.

bubur ayam

3. Taburkan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.

4. Kemudian panaskan minyak, goreng bawang putih yang dicincang halus untuk buat minyak bawang putih. Goreng sampai garing, jangan hangit.

5. Kemudian tuang minyak bawang putih ke dalam bubur tadi.

6. Kacau sebati.

bubur ayam

7. Kemudian sedia untuk dihidang. Boleh letak hiasan bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih sikit dan taburkan sedikit lada hitam.

Selamat mencuba!

Kredit: Ana Mariana Ismail

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN