cara buat brownies

Kalau anda tertanya-tanya cara buat brownies yang confirm jadi dan kedut cantik di atas, resipi ini memang patut dicuba. Hasilnya lembap di dalam, rangup di luar dan penuh rasa coklat yang padu. Tak perlu guna mixer pun, kacau dengan whisk saja dah menjadi.

Bahagian atasnya berkilat dan kedut cantik, dalamnya pula fudgy dan lembut, memang puas hati! Brownies ini sangat sesuai untuk pencuci mulut, jualan kecil atau hidangan minum petang.

Baca juga: Resipi Kek Marble Paddle Pop Gebu Dan Lembut, Cantiknya Warna Pastel Lembut!

CARA BUAT BROWNIES KEDUT

cara buat brownies

Bahan-bahan:

  • 80 gram mentega
  • 230 gram coklat dark compound (cairkan menggunakan kaedah double boiler)
  • 2 biji telur gred A atau B
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 120 gram gula perang atau gula kastor (pukul sebati semua bahan ini sebelum masukkan coklat yang telah dicairkan tadi. Gunakan whisk sahaja.)
  • 100 gram tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
  • 30 gram serbuk koko

Cara penyediaan:

  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega dan coklat dark compound menggunakan kaedah double boiler.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur, esen vanila dan gula hingga sebati.
  4. Masukkan coklat cair ke dalam adunan telur tadi. Kacau rata menggunakan whisk.
  5. Tambahkan bahan kering yang telah diayak, kacau perlahan menggunakan spatula hingga semua sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dialas kertas minyak.
  7. Bakar pada suhu 135°C selama 40–45 minit.
  8. Sejukkan sebelum dipotong. Sedia dihidang!

Sumber: Kak Sue SarangHae II

Baca juga: Resipi Kek Marble Paddle Pop Gebu Dan Lembut, Cantiknya Warna Pastel Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN