Alangkah seronoknya jika dapat mengadakan barbeku ketika berkelah dan berkhemah bersama keluarga. Sebelum itu, anda kenalah tahu cara buat bara api untuk panggang terlebih dahulu.
Barbeku ialah jamuan di tempat terbuka dengan hidangan daging, ayam, udang dan lain-lain yang dipanggang. Oleh kerana ia menggunakan bara api, pastilah lelaki yang lebih sukakan aktiviti mencabar seperti ini.
Salah satu masalah yang sering dihadapi ketika buat barbeku adalah bara api yang susah dinyalakan, sampaikan ada yang kipas berulang kali semata-mata nak hidupkannya.
Seperti yang dikongsikan oleh Sabarudin Mohd Noor di Facebook, tak susah pun cara buat bara api untuk panggang kerana anda boleh gunakan kotak telur supaya ia membara dengan baik. Jom kita tengok!
Baca juga: Cara Perap Ayam BBQ Yang Mudah, Isi Sedap Sampai Terasa Ke Tulang!
1. Mula-mula, letak kotak telur yang dipotong mengikut saiz pemanggang yang digunakan.
2. Selepas itu, tuang minyak masak terpakai di atas kotak telur.
3. Kemudian, boleh mula nyalakan api pada kotak telur.
4. Seterusnya, letak beberapa ketul arang di atas kotak telur.
5. Akhir sekali, biarkan ia terbakar sehingga jadi bara. Siap untuk memanggang!
Ramai yang terkejut setelah menggunakan tips ini sampaikan ia mendapat pujian kerana telah membantu mereka memanggang dengan lebih pantas. Selepas ini, giliran anda pula untuk mencubanya nanti.
Selain berkelah dan berkhemah, anda juga boleh gunakan cara buat bara api ini untuk barbeku di halaman rumah dan ia merupakan aktiviti terbaik untuk mengeratkan hubungan bersama ahli keluarga.
Tips ini sangat berguna buat para peniaga yang menggunakan cara memanggang, jadi anda boleh kongsikan cara ini kepada keluarga dan kawan-kawan yang lain juga.
Jangan lupa untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati semasa memanggang. Dengan tips yang berguna ini, dapatlah anda buat barbeku dengan lebih cepat dan mudah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Sabarudin Mohd Noor
Baca juga: Tips Untuk Simpan Kek Tahan Lama, Bila Tak Habis Makan Boleh Guna 2 Cara Ini
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…