Jika singgah ke Negeri Sembilan, tidak lengkap rasanya kalau tidak menikmati ayam salai. Hidangan ini ada peminatnya yang tersendiri dan boleh teringat-ingat jika dah lama tak makan.
Sebenarnya, kita boleh buat sendiri ayam salai di rumah dengan cara mudah dan cepat. Cara ini tidak perlu menggunakan arang dan minyak, namun hasilnya sama seperti di kedai makan.
Jom lihat langkah-langkah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Haiqal di bawah. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Tuna Puff Guna 3 Bahan & Pastry Segera, Tak Perlu Uli Tepung!
CARA BUAT AYAM SALAI ‘INSTANT’
Berikut merupakan cara-cara lengkap untuk membuat ayam salai:
1. Letakkan bawang goreng dalam kuali. Sebab guna bawang kerana senang ‘burnt’ dan senang keluar asap. Pastikan guna periuk atau kuali yang tebal supaya tidak terlalu cepat terbakar.
2. Guna jaring macam ini untuk lapik protein.
3. Letak ayam yang sudah dimasak dalam 90% masak. Mentah pun boleh tapi kena kawal api dan sentiasa jaga bawang goreng.
4. Bila buka api, bawang goreng akan mula terbakar dan keluarkan asap. Waktu ini boleh tutup kuali dengan penutup. Kecilkan api dan biarkan dalam 30 saat sebelum tutup api.
5. Bila api dah tutup, biarkan lagi dalam 2-3 minit untuk disalai. Kalau pakai daging mentah, proses sama sahaja, cuba biarkan lama sedikit.
6. Kalau dah tiada asap, boleh tukar bawang goreng. Masukkan yang baru dan ulang proses.
7. Ini hasil bila dah siap. Boleh tengok warna ayam dah sedikit berubah, ada bau wangi salai serta ada rasa salai.
8. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Haiqal Boestamam’s
Baca juga: Resipi Spaghetti Carbonara Original Orang Itali, Tak Guna Sos Segera & Susu