Sekarang mula viral di media sosial tentang acuan bunny untuk buat puding yang comel. Tak cukup dengan itu saja, kami terjumpa ada yang kongsikan cara buat apam bunny pula.
Adunan untuk Apam Bunny sebenarnya boleh dibuat dengan menggunakan apa-apa jenis resepi apam, namun terdapat teknik untuk membuatnya supaya hasilnya lebih sempurna.
Izan Zuraihan telah kongsikan cara buat apam bunny yang viral di Facebook dengan langkah demi langkah yang anda boleh cuba sehingga dapat hasil menjadi. Jom kita lihat caranya!
Baca juga: Cara Buat Apam Nasi Secara Kukus, Hasil Lebih Cantik Dan Gebu
CARA BUAT APAM BUNNY VIRAL
Bahan-bahan:
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula
- ½ cawan minyak masak
- 1 paket yis atau mauripan
- 2½ cawan air
- Secubit garam
Cara-cara membuat:
1. Campurkan semua bahan bagi sebati, tak perlu guna mixer. Guna whisk, spatula atau senduk saja, janji sebati dan tak berketul-ketul. Tutup adunan dan perap selama sejam.
2. Selepas adunan kembang, kacau-kacau bagi buang angin di dalamnya. Ambil dalam 1 sudu makan untuk warna hitam, 1 sudu makan untuk warna merah dan 1 cawan untuk warna pink (sebab nanti pink banyak juga guna).
3. Lorekkan mata, kening, hidung, mulut dan pipi dengan lidi.
4. Guna sudu paling kecik atau syringe untuk telinga dan kaki.
5. Kukus selama 2 minit.
6. Angkat kukusan, kemudian selaraskan mana-mana mata yang lari, telinga terlebih, mulut senget. Waktu ini masih boleh selaraskan lagi sebab tak melekat pun pada acuan (sapu sedikit minyak pada acuan sebelum guna).
7. Masukkan adunan putih dalam 2 sudu makan, tapi kacau dulu adunan bagi buang angin. Jika tak, apam akan jadi tak sempurna.
8. Kukus selama 5 minit.
9. Angkat pengukus dan masukkan inti (jika inti coklat, saya guna coklat coin Beryl’s dengan meletakkan saiz kecil pada telinga, manakala saiz besar pada badan. Jika inti kacang merah, pandan atau kaya, saya guna piping bag).
10. Setelah masukkan inti, masukkan adunan sama warna dengan telinga, tapi jangan lupa kacau dahulu.
11. Kukus selama 10 minit.
12. Akhir sekali, angkat pengukus dan keluarkan acuan. Lebih kurang dalam 3 minit, bolehlah bawa keluar daripada acuan. Siap!
Cara buat apam bunny dengan langkah demi langkah sangat membantu kerana hasilnya sangat memuaskan. Manalah tahu terfikir nak buat untuk berniaga, bolehlah guna teknik ini nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Izan Zuraihan
Baca juga: Cara Buat Apam Kampung Mudah Dengan 5 Bahan, Lembut Kejadiannya!