tulang ikan

Tercekik tulang ikan merupakan mimpi ngeri buat ramai orang. Tidak kira anak kecil atau orang dewasa, jika tidak pandai makan pasti akan berisiko untuk terlekat tulang!

Oleh itu, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika anda menyiang ikan dengan membuang tulangnya sekali.

Kebiasaannya, kita hanya memotong rahang dan membuang isi perutnya sahaja. Kali ini apa kata kita cuba menyiang ikan dengan menggunakan teknik ini pula.

Selepas ini, tidak perlu risau lagi jika tercekik atau tertelan tulang ikan sewatu sedang menjamu selera.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian penuh oleh Nana Mea Soffiea di bawah.

Baca juga: 10 Tip Hilangkan Bau Hanyir Ikan Pada Tangan, Berkesan!

TEKNIK BUANG TULANG IKAN KEMBUNG DENGAN MUDAH

Cara-caranya:

1. Pertama, ambil ikan kembung dan gunakan gunting untuk memotong rahang ikan (pada bahagian yang menghubungkan kepala dan badan).

2. Kedua, tarik keluar isi perut ikan dan bilas dengan air hingga bersih.

3. Ketiga, ambil pisau dan tumbuk badan ikan menggunakan hulu belakang. Langkah ini bertujuan untuk memisahkan tulang dengan isi.

4. Keempat, tekan atas dan bawah belakang ikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan tulang tercucuk tangan. Seterusnya patahkan atau (kepak) ekor ikan.

5, Kelima, ambil gunting dan potong tulang belakang pada celah kepala dan badan (kawasan yang dipotong tadi).

6. Keenam, tarik tulang belakang ikan sambil pegang badannya menggunakan sebelah lagi tangan sehingga tercabut.

Kemudian, barulah ikan boleh dimasak, direbus atau digoreng mengikut cita rasa masing-masing. Untuk info lebih jelas, tonton video di bawah. Semoga bermanfaat!

Sumber: Nana Mea Soffea

Baca juga: Beza Ikan Tongkol Hitam VS Ikan Tongkol Putih, Ini Cara Nak Tahu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN