Categories: Tips & Petua

Cara Betul Simpan Daging Korban, Tahan Lama & Kekal Segar

Banyak dapat daging korban, kemudian masuk je dalam freezer untuk tahan lama. Eh salah tu!

Masuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah. Mak-mak atau akan-akak kena baca tip min nak kongsikan ini supaya daging yang ada simpan tahan lama dan tetap segar di dalam freezer.

Baca juga: Tak Boleh Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan Agamawan

Dengan tip ini bukan hanya daging korban yang korang perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini cara-cara yang boleh diikuti.

1. Asingkan Daging


Asingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang.

Apabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.

2. Jangan Terus Cuci Daging Korban

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

3. Jangan Simpan Semua Daging Dalam Satu Bekas


Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

4. Jangan Terus Simpan Dalam Freezer

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer.

5. Jangan Defrost Daging Guna Air Panas

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.

Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

6. Simpan Daging Dengan Bahan Perapan


Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit.

Ia kerana bahan perapan bersifat antibakteria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.

Tips Tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar yang ada seal.

Semoga bermanfaat.


Sumber: Art Of Butchery Inovasi Evolusi

Baca juga: Ini 5 Idea Menu Daging Wajib ‘Coba’ Hari Raya Aidiladha Nanti – Part 1

Baca juga: Ini 5 Idea Menu Daging Wajib ‘Coba’ Hari Raya Aidiladha Nanti – Part 2

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago