Sebut pasal udang, terbayang menu-menu sedap seperti sambal udang petai, udang goreng kunyit atau udang masak lemak. Sebelum itu, kena tahu cara bersihkan udang dengan betul.
Kali ini, kami akan kongsikan cara bersihkan udang yang sesuai untuk semua peringkat, dari pemula sampailah yang sudah lama memasak makanan laut. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!
1. Buang kotoran pada badan udang dengan lidi sate.
Udang selalunya ada kotoran pada belakang badan (usus). Nak buang dengan cara selamat dan tak hancurkan udang, guna lidi sate. Cucuk perlahan dari bahagian atas belakang udang dan tarik keluar kotoran tersebut.
Jika guna pisau atau gunting pun boleh, tapi hati-hati, terutama jika udang itu tak berapa segar atau kecil. Silap teknik, terus terkulai layu udangnya.
2. Jangan buang kepala udang, gunting hujung saja.
Ramai yang potong terus kepala udang sebab nak cepat. Sebenarnya, rasa manis udang itu banyak datang dari kepalanya. Jadi, cukup sekadar gunting hujung tajam kepala dan biarkan bahagian lain.
3. Perah limau untuk hilangkan bau hanyir udang.
Selepas cuci, perahkan limau pada udang supaya hilang bau hanyir. Limau nipis lebih wangi berbanding limau kasturi, jadi ia sesuai untuk makanan laut.
4. Nak hilangkan lendir udang, lumur garam tanpa air.
Kadangkala, lendir daripada udang masih ada. Bagi menghilangkannya, lumurkan sedikit garam kasar tanpa air pada udang dan biarkan beberapa minit sebelum bilas.
5. Simpan udang dalam bekas berisi air supaya kekal segar.
Masukkan udang dalam bekas berisi air dan simpan dalam bahagian sejuk beku dalam peti sejuk. Teknik ini dapat mengekalkan tekstur udang supaya tak lembik apabila dicairkan semula nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Nana Ismail
Baca juga: Cara Pilih Udang Segar Supaya Tak Lembik Selepas Masak, Wajib Ada 3 Ciri ‘Ini’
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…