Categories: Tips & Petua

Cara Bersih & Siang Ketam Paling Mudah Dan Cepat, Mertua Mesti Bangga Guna Skill Ini

Tak tahu nak siang ketam? Jangan risau boleh ikuti langkah demi langkah disini. Bagi penggemar ketam, tak sah rasanya kalau tak masak sendiri di rumah.

Ini kerana, ia antara makanan laut yang paling sedap dan amat digemari ramai. Dengan isinya yang manis dan segar. Antara hidangan popular yang dimasak ialah Kam Heong, Ketam Masak Telur Masin, Kari Ketam, Ketam Berlada, Sup Ketam dan banyak lagi.

Baca juga: 3 Tips Pilih Ketam Isi Penuh & Banyak Telur, Baru Puas Hati Makan 

Memang licin pinggan dibuatnya kalau buat hidangan-hidangan itu dirumah. Tapi sementara itu, MyResipi ingin kongsikan cara mudah untuk bersih dan siang dengan betul.

Bukannya apa, kalau tak bersih betul-betul, lauk utama untuk masakan nanti tak berapa nak ‘kick’ dan kurang sedap isinya. 

Memang tak seronok rasanya nak menikmati keenakan isi ketam kalau kakinya tak dipotong dengan kemas.

Cara siang ini telah dikongsikan sendiri oleh M9 Daily Kitchen menerusi laman Youtube dan telah tontonan sehingga 27k tau! Jom kita tengok cara-caranya.


CARA BERSIH DAN SIANG KETAM

Jadi, dalam perkongsiaan kali ini, ada 10 cara untuk siang ketam dengan betul dan mudah. 

1. Mula-mula, potong hujung sepit ketam dengan gunting.

2. Kemudian, potongkan pula ke semua hujung kaki ketam. Di bahagian ini, memang biasa tidak ada isi lah.

3. Dah siap, perlahan-lahan buangkan cengkerang atas ketam itu.

4. Bila dah tertanggal, akan ada lebihan cangkerang, jadi potongkan supaya nampak lebih kemas.

5. Bila dah potong, buangkan pula dengan jari insang ketam yang berada di kedua-dua belah kiri dan kanan badan ketam.

6. Sekarang, bolehlah korang potong bahagian tengah badan ketam.

7. Bila dah potong, akan ada lendir-lendir atau sisa kotoran yang keluar. Bersihkan.

8. Dah selesai badan ketam ini, jangan lupa untuk periksa cangkerang kalau ada ketam. Rugi tau kalau orang buang.

9. Sekarang, bila dah buang bahagian ketam yang tak perlu, bolehlah basuhkan ketam tadi dengan bersih. 

10. Bila dah bersih, ketukkan sedikit di bahagian sepit ketam supaya lebih mudah dan untuk kuah atau rempah masakan dan meresap ke dalam isi ketam nanti.


Mudah je kan nak siang ketam ini. Pakai gunting je dah siap! Tinggal nak masak je. Selamat mencuba semua!

Video Penuh:

 

Baca juga: Nasi Goreng Ketam Viral Ala Thai, Menu Tak Ada Jual Di Kedai, Boleh Cuba Di Rumah 

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago