
Sedang mencari capati resepi yang mudah dan menjadi? Baru-baru ini, Neelofa berkongsi resipi capati homemade yang sering disediakan untuk anak-anaknya, Bilal dan Abbas.
Rupa-rupanya, rahsia capati yang lembut dan kembung terletak pada bahan “rahsia” dan teknik menguli yang betul. Selebriti popular, Neelofa, menerusi segmen Neelofa Cooks, telah berkongsi cara beliau menyediakan capati kegemaran Bilal dan Abbas. Jom kita bongkar rahsianya!
Baca juga: Mama Neelofa Kongsi Resipi Kerabu Ikan Bilis Masam Manis, Sedapnya…!
CARA BUAT CAPATI RESEPI NEELOFA YANG MUDAH DAN MENJADI

Bahan-bahan:
- 250g tepung atta (Neelofa menggunakan jenama Alagappa’s)
- 1/2 sudu kecil garam
- 25g minyak zaitun (rahsia untuk chapati extra lembut!)
- 1/2 cawan air (masukkan sedikit demi sedikit mengikut konsistensi doh)
- Sedikit tepung gandum (untuk kegunaan semasa meratakan/gelek doh)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan tepung atta ke dalam bekas besar. Letakkan garam terlebih dahulu sebelum air. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli dengan tangan sehingga menjadi doh.
- Apabila doh sudah mula terbentuk, masukkan 25g minyak zaitun. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Tekstur doh mestilah lembut dan tidak keras supaya chapati tidak liat selepas dimasak.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bulatkan dengan kemas menggunakan tapak tangan.
- Taburkan sedikit tepung gandum (all-purpose flour) di atas papan pencanai. Gelekkan doh sehingga nipis. Pastikan ia tidak terlalu tebal supaya ia boleh ‘kembung’ (puff up) dengan cantik di atas kuali nanti.
- Panaskan kuali (non-stick pan) tanpa minyak. Pastikan kuali betul-betul panas sebelum meletakkan doh. Ini adalah kunci utama untuk mendapatkan chapati yang lembut. Gunakan api yang kuat
- Apabila mula nampak gelembung udara (bubbles), terbalikkan. Tekan sedikit dengan sudip sehingga chapati mengembung dengan sempurna.
Menurut Neelofa, keluarganya mempunyai cara tersendiri untuk menikmati chapati ini:
- Keluarga: Dimakan bersama sayur goreng, dal atau kacang kuda
- Bilal: Suka makan dengan madu
- Abbas: Suka makan dengan susu kambing (Ala Pakistan!)
Cukup mudah, bukan? Selepas ini tak perlu beli chapati segera lagi. Jom cuba resipi ini untuk hidangan seisi keluarga!
Sumber: Neelofa
Baca juga: Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Yang Rangup & Harum, Makan Panas-Panas Baru Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














