Bunga durian, sayur alami yang hanya ada satu atau dua kali musim dalam setahun. Dalam dunia masakan ia bukanlah sesuatu yang baharu.
Menurut orang Sarawak dan Indonesia, rasanya garing dan manis. Tetapi awas, jangan silap cara penyediaannya. Sayur ini mempunyai getah atau lendir pada setiap putik debunga atau biji bunga durian.
Baca juga: Cara Betul Basuh Sayur Dan Buah, Guna 3 Bahan Ini Untuk Hilangkan Sisa Kotoran
Kalau nak tahu, ‘fresh’ dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih kecerahan. Kalau dah berwarna perang bila dimakan tidak garing sebaliknya akan menjadi lembik dan berair pula bila dimasak.
Jom ikuti resipi dari perkongsian Dapor Hitam di laman TikTok ini. Memang ramai yang teruja dan ingin mencubanya kerana taktahu ia boleh dimakan.
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah.
2. Masukkan pula bancuhan belacan. Biar ia mendidih sehingga sedikit kering.
3. Kemudian, barulah masukkan bunga durian yang sudah dibersihkan dan tumis sehingga layu.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
5. Siap dan sedia untuk dihidang!
@daporhitam_ Bunga Durian Masak Belacan. Bahan: 1 Mangkuk Bunga Durian 3 Ulas Bawang Merah Dihiris 2 Ulas Bawang Putih Dihiris 1 Biji Cili Merah Dihiris Sedikit Belacan Dibancuh Dgn Sedikit Air Ikan Bilis Goreng Minyak Garam Serbuk Perasa #dapurhitam #resepimudah #bungadurian #masakbelacan #durian
Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Sayur Taugeh Ala Chicken Rice Shop, Mudah Dan Sedap
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…