Bila sebut tentang rumah yang lebih selesa, ramai mengenali dan memilih Coway sebagai jenama yang menawarkan pelbagai solusi untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan di rumah.

Kini, Coway melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan rangkaian peti sejuk yang direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden. 

Menariknya, terdapat dua pilihan yang ditawarkan iaitu Peti Sejuk Empat Pintu 551L dan Peti Sejuk Dua Pintu 715L, masing-masing direka untuk memenuhi gaya hidup dan keperluan isi rumah yang berbeza.

Ia bukan sekadar kategori baharu, tetapi langkah melengkapkan ekosistem rumah supaya urusan harian menjadi lebih mudah dan praktikal.

Fleksibel ikut cara hidup anda

Setiap keluarga mempunyai rutin yang berbeza. Ada yang gemar menyimpan stok makanan mingguan, ada juga yang lebih suka menyediakan hidangan segar setiap hari.

Sebab itu, salah satu model peti sejuk Coway hadir dengan zon serbaguna yang boleh ditukar daripada ruang sejuk beku kepada ruang penyejukan biasa dengan suhu antara -20°C hingga 5°C.

Turut tersedia Ruang Pelbagai Suhu dengan 3 pilihan suhu berbeza untuk membantu menyimpan pelbagai jenis makanan dengan lebih praktikal.

Ruang simpanan besar untuk seisi keluarga

Bagi keluarga yang lebih besar, ruang penyimpanan yang mencukupi sememangnya penting.

Model Dua Pintu Coway ini menawarkan kapasiti sehingga 715L bersama enam zon penyimpanan dengan kawalan kelembapan yang membantu menyimpan buah-buahan, sayur-sayuran dan bahan makanan lain agar kekal segar dan tersusun rapi.

Sesuai untuk isi rumah berbilang generasi yang memerlukan ruang lebih besar.

Bantu kekalkan kesegaran & kurangkan bau

Selain ruang yang luas, kedua-dua model turut dilengkapi sistem dwi-kebersihan yang membantu mengurangkan bakteria dan bau dalam peti sejuk.

Teknologi Silver Ion dilaporkan mampu mencapai kadar antibakteria sehingga 99.99% terhadap E. coli dan Staphylococcus aureus berdasarkan ujian makmal dalaman Coway.

Malah, penapis penyahbauan pada ruang sejuk beku turut membantu mengurangkan bau yang tidak menyenangkan untuk pengalaman penyimpanan yang lebih selesa.

Direka untuk kegunaan jangka panjang

Kedua-dua model menggunakan teknologi inverter yang membantu memastikan penyejukan konsisten serta kecekapan tenaga. 

Sebagai nilai tambah, Coway turut menyediakan servis penjagaan yang merangkumi penggantian penapis deodorisasi serta getah pintu untuk membantu mengekalkan prestasi peti sejuk agar sentiasa berada pada tahap optimum.

Lengkapkan rumah dengan solusi yang menyeluruh

Daripada udara yang lebih bersih, air yang lebih berkualiti hinggalah penyimpanan makanan yang lebih praktikal, Coway kini menawarkan penyelesaian yang lebih menyeluruh untuk rumah moden.

Jika anda sedang mencari peti sejuk yang direka untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup keluarga masa kini, layari laman web Coway untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian peti sejuk terbaru mereka.

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN