Makanan dari negara seberang iaitu Thailand, memang tidak rugi untuk anda cuba. Selain dari milky bun yang tengah viral, apa kata cuba satu lagi resipi bubur Thailand.
Bubur ini jika di negara sana dipanggil sebagai bubur krong krang nam ka ti, salah satu sajian tradisional mereka.
Rasa lemak santan, wangi daun pandan serta tekstur yang kenyal membuatkan pencuci mulut ini sangat sedap dan berbaloi untuk dicuba.
Jom tengok resipi yang dikongsikan di bawah ini.
Baca juga: Resipi Telur Kicap Sos Tiram Padu, Suami Puji Paling Sedap Di Dunia
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Sediakan kuah dengan memasak santan, air, air kelapa, garam, gula, dan daun pandan sehingga mendidih.
2. Uli tepung dengan air mendidih hingga sebati, bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
3. Bentukkan doh menggunakan acuan kuih siput.
4. Rebus doh sehingga timbul, tos dan masukkan ke dalam air ais.
5. Hidangkan dengan kuah santan dan taburkan bijan goreng di atasnya.
6. Tambahkan isi nangka untuk rasa yang lebih enak.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Marya Hj Ahmad
Baca juga: Resepi Oden Viral Terpantas Dalam Masa 5 Minit, Kuah Begini Lagi Padu!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…