bubur kacang hijau

Pergi kenduri, tak sah kalau tidak merasa Bubur Kacang Hijau orang kahwin ini. Jom kita buat hari ini. Nak lagi padu, boleh tambah buah durian sekali.

Rasa bubur kacang hijau ini manis-manis sebab ada campuran gula Melaka di dalamnya. Kalau campur dengan durian, lagi bertambah-tambah dibuatnya. Rasa lemak-lemak manis gitu. Nak lagi sedap, jangan kedekut nak letak santan. Kalau kurang santan, tekstur bubur pun jadi tak cantik dan tawar.

Baca juga: Petua Kacang Hijau Cepat Lembut Tanpa Perlu Rendam & Rebus Lama. Ikut Je Cara Ni! 

Resipi bubur kacang hijau orang kahwin ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Aisyah Humaira. Korang boleh hidang untuk minum petang sekeluarga. Sesuai juga di makan semasa panas dan sejuk. Makan sejuk-sejuk baru keluar peti pun sedap!

Bubur ini memang ramai penggemarnya. Kalau banyak dan tak habis, korang boleh masukkan dalam plastik ais krim dan buat ais krim satu Malaysia. So, bila-bila nak makan ais krim korang boleh je ambil. Jarang jumpa ais krim kacang satu Malaysia sekarang ni. So, baik buat sendiri.


RESIPI BUBUR KACANG HIJAU ORANG KAHWIN

bubur kacang hijau orang kahwin

Bahan-bahan:

  • 2 cawan teh kacang hijau
  • 1 ½ ketul gula melaka
  • 5 sudu besar gula putih atau mengikut manis disukai
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 kotak kecil santan
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • 4 keping hirisan halia
  • Air secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Kacau hijau cuci macam basuh beras dan rendam semalaman.

2. Rebus kacang hijau sehingga empuk setelah kacang lembut tapis buang airnya.

3. Dalam periuk masukkan semua bahan-bahan di atas termasuk kacang yang telah direbus.

4. Kacau rata dan reneh dengan api sedang. Kacau sekali sekala setelah semua sebati siap.

5. Siap untuk dihidang!


Siap untuk dihidang! Korang boleh juga guna resipi ini untuk masak bubur kacang orang kahwin. Tak perlu letak durian je nanti. Rasanya juga sedap. Yang penting semua bahan-bahan tak termasuk durian pun dah cukup. 

Selamat mencuba!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN