Categories: Resipi

Bubur Butir Nangka, Kenyal Dan Lembut Sampai Tak Cukup Makan Semangkuk!

Selain kek dan aiskrim, ramai suka makan bubur yang manis sebagai pencuci mulut dan paling digemari ialah Bubur Butir Nangka yang lemak berkrim.

Sebenarnya Bubur Butir Nangka ialah pencuci mulut Thailand yang turut popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan dan Terengganu.

Jika anda teringin makan pencuci mulut yang manis di rumah, boleh cuba resipi Bubur Butir Nangka yang dikongsikan oleh Nina Izzara di Facebook ini.

Baca juga: Bubur Kacang Hijau Durian, Lemak Manis Cukup Rasa Dengan Resipi Ini

RESIPI BUBUR BUTIR NANGKA

Bahan-Bahan :

Cara-cara:

1. Bancuh tepung pulut dan air. Tepung pulut 1 pek 500gram untuk 12 orang makan. Jika nak buat sikit, guna separuh pek saja. Air masuk sikit-sikit dalam tepung, agak-agak sampai tepung tak melekat di tangan dan senang nak gentel.

2. Jika nak buat warna-warni, bahagikan adunan itu dan masukkan pewarna dalam setiap adunan. Saya buat tiga warna saja.

3. Semasa uli tepung, panaskan air siap-siap dalam periuk sehingga mendidih. Apabila air sudah mendidih, gentel adunan tepung kecil-kecil, ikut suka nak bentuk bulat atau leper. Gentel-gentel terus campak dalam periuk air yang mendidih.

4. Sambil-sambil itu, panaskan santan dalam periuk yang dicampur air sikit. Saya guna santan kotak kara yang 200ml untuk 250 gram tepung pulut. Jika nak guna santan segar pun boleh.

5. Apabila butir-butir yang digentel tadi sudah terapung dalam periuk air mendidih tadi, tos dan terus masukkan ke dalam periuk santan.

6. Masukkan daun pandan, biji halba, gula dan garam secukup rasa ke dalam periuk santan. Siap untuk dinikmati!

Bubur Butir Nangka lebih bertambah sedap jika campur buah nangka, tapi jangan lupa untuk potong kecil-kecil terlebih dahulu supaya mudah dimakan nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Nina Izzara

Baca juga: Bubur Cha Cha, Lembut Dan Lemak Manis Sampai Makan Berulang Kali

Aimi

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

3 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

3 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

3 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

3 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

3 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago