buat nasi ayam sedap

Nak buat nasi ayam sedap sebenarnya tidak sesukar yang ramai sangka. Dengan gabungan nasi yang wangi, ayam yang berjus serta sos yang padu, hidangan ini boleh dihasilkan sendiri di rumah dengan rasa setanding kedai.

Melihat sahaja hidangan lengkap ini sudah cukup membuatkan ramai terliur. Ditambah pula dengan sup panas, timun segar dan ayam yang dipanggang sehingga berkilat, memang sesuai dijadikan menu hujung minggu untuk seisi keluarga.

Baca juga: Tak Perlu Lauk Rumit, Nasi Butter Simple Guna 3 Bahan Ini Dah Cukup Buat Anak Berselera

CARA BUAT NASI AYAM SEDAP

buat nasi ayam sedap

Bahan-Bahan Ayam:

  • 1 ekor ayam (dipotong 4)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah

Bahan-Bahan Nasi:

  • 4 cawan beras
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 cawan stok ayam
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Bahan Sos Cili:

  • 10 biji cili merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air

Bahan Kicap:

  • ½ cawan kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sedikit air rebusan ayam

Bahan Sup:

  • Tulang atau lebihan ayam
  • 1 liter air
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan:

1. Kisar bawang putih dan halia untuk bahan perapan ayam.

2. Campurkan bersama sos tiram, kicap manis, madu, minyak bijan, garam dan lada sulah.

3. Lumurkan pada ayam dan perap sekurang-kurangnya dua jam atau semalaman.

4. Bakar ayam pada suhu 180 darjah Celsius selama 45 hingga 60 minit sehingga masak dan keperangan.

5. Untuk nasi, tumis bawang putih dan halia menggunakan mentega sehingga naik bau.

6. Masukkan beras dan gaul rata sebelum dipindahkan ke dalam periuk nasi.

7. Tambahkan stok ayam, daun pandan dan sedikit garam, kemudian masak sehingga nasi masak dan berderai.

8. Kisar semua bahan sos cili sehingga halus dan masak seketika di atas api sederhana.

9. Campurkan bahan kicap dan panaskan sehingga sebati.

10. Rebus tulang ayam bersama halia dan bawang putih untuk menghasilkan sup yang manis dan sedap.

11. Potong ayam dan hidangkan bersama nasi, sup, timun, salad, tomato serta kedua-dua jenis sos.

Tips Buat Nasi Ayam Sedap

  • Gunakan stok ayam ketika memasak nasi supaya lebih beraroma.
  • Perap ayam semalaman untuk rasa yang lebih meresap.
  • Gunakan beras wangi atau beras basmati untuk hasil nasi yang cantik.
  • Bakar ayam sehingga kulit sedikit karamel bagi mendapatkan rasa lebih sedap.
  • Hidangkan nasi ayam ketika masih panas bersama sos cili dan kicap.
  • Tambahkan bawang goreng atau daun bawang untuk menaikkan lagi aroma hidangan.

Selamat mencuba!

Sumber: CT Nazura

Baca juga: Nasi Minyak Sedap Sukatan Mudah, Uniknya Letak Pati Oren & Gula Batu Terus Jadi Lebih Harum!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN