buah rendah kalori

Kita semua tahu tentang khasiat buah rendah kalori yang mengandungi serat tinggi, air, dan nutrisi yang mampu membuatkan perut kenyang.

Sebab itulah, pakar pemakanan amat mengesyorkan amalan memakan buah sebagai pelengkap dalam diet harian.

Walau bagaimanapun, dalam pelbagai jenis buah yang ada, terdapat beberapa jenis buah yang sangat membantu dalam proses penurunan berat badan.  

Buah-buahan tersebut termasuklah limau gedang, oren, epal, beri, tembikai, dan anggur.

Baca juga: Khasiat Terung Pipit Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Boleh Cegah Penyakit Darah Tinggi!

6 JENIS BUAH RENDAH KALORI

1. Limau Gedangbuah rendah kalori

Limau ini mempunyai asid sitrik yang dapat membendung kehadiran kalori dalam makanan. 

2. Oren

buah rendah kalori

Oren pula mempunyai kandungan serat yang tinggi berbanding buah lain. 

Amalan pemakanan oren mampu kurangkan keinginan seseorang untuk mengambil karbohidrat dan serat yang ada dalam buah itu juga sejenis larut di dalam air.

3. Epal

buah rendah kalori

Kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati makanan utama mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak amalkannya.

4. Beri

Buah beri sejenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat tingkatkan kadar metabolisme tubuh.

5. Tembikai

92 peratus air dari buah ini mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh yang singkat apabila reseptor dalam perut terangsang.

6. Anggur

Kandungan antioksidan dalam buah anggur mampu mencegah dalam darah menjadi lemak. Anggur juga mencegah pembentukan lemak dalam perut.

Sumber: BH Online

Baca juga: Cara Buat Pencicah Air Asam Ikan Bakar, Resipi Paling Mudah & Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN