Pagi-pagi memang enak jika dapat makan kuih tradisional sewaktu sarapan. Paling mudah dan cepat dibuat adalah Buah Melaka.
Buah Melaka adalah sejenis kuih tradisional yang boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Selain dipanggil Buah Melaka, ia juga dikenali sebagai onde-onde, klepon dan kuih pancit. Ramai suka kerana lembut dan manis dengan intinya gula melaka.
Ia diperbuat daripada bebola diuli dari tepung pulut, garam, air dan daun pandan direbus sebelum disaluti kelapa parut.
Biasanya ia berwarna hijau, kali ini anda cubalah resepi dengan warna lebih ceria yang dikongsikan oleh Fatima Al-Fihri di Facebook ini.
Baca juga: Kuih Onde-Onde Labu Guna 5 Bahan, Kekal Lembut Dan Manis
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Masukkan tepung pulut, tepung beras, air kapur dan air ke dalam bekas.
2. Uli doh hingga tak melekat di tangan, tapi jangan terlalu keras, sedang-sedang saja. Bila gentel gula melaka tak keluar, bila rebus tak pecah.
3. Masukkan pewarna hijau, Jika nak warna-warna ceria boleh asingkan doh ke dalam beberapa bekas dan masukkan pewarna.
4. Masak 1 periuk air.
5. Kelapa putih dan garam gaul hingga sebati dan padatkan di dalam satu loyang kecil.
6. Bila air mengelegak, kecilkan api.
7. Ambil sedikit doh, gentel dan leperkan. Masukkan gula melaka dan tutup. Gentel lagi doh supaya menjadi bentuk bulat. Cara saya, gentel sebiji terus masukkan dalam air menggelegak.
8. Bila masak, buah melaka akan timbul. Angkat dan sejat sekejap.
9. Masukkan ke dalam kelapa muda dan gelek hingga buah melaka bersalut kelapa. Siap!
Jom jadikan Buah Melaka yang ceria ini sebagai sarapan seisi keluarga. Jika anak nampak hidangan seperti ini, pasti mereka tertarik untuk memakannya.
Selamat mencuba!
Sumber: Fatima Al-Fihri
Baca juga: Kuih Onde-Onde Bunga Telang, Nampak ‘Rare’ Sikit Buat Di Rumah
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…