kurma campur butter

Pernah cuba buah kurma campur butter? Tip ini sesuai untuk korang yang sukar untuk makan kurma atas sebab-sebab tertentu.

Menerusi perkongsian Aqilah Nor, cara yang diamalkan ini memudahkannya untuk makan kurma sementelah tidak tahan dengan rasanya yang manis.

Baca juga: Kenali 7 Jenis Kurma Yang ‘Famous’ Dekat Malaysia, Anda Suka Yang Mana?

Caranya cukup mudah, ambil sebiji kurma, buang biji dan letakkan butter di tengahnya. Walau bagaimanapun jelas Aqilah, menu ini hanya sesuai dengan butter atau ghee dan elakkan marjerin.


Ikuti perkongsian beliau di bawah:

“Tak pernah teringin nak mencuba idea menu yang satu ni. Bertahun lalu lalang cerita tentang dia.

Akhirnya, 1 Ramadhan tahun ini berani mencuba. Saya ni kalau nak bagi telan 3 biji kurma tu boleh, Cuma rasa ‘berat’ sikit nak habiskan.

Tapi, bila saya ambil kurma, buang biji, letak Unsalted Butter di tengahnya, lepastu makan,

Allahuakbar! 3 biji tu mudah je nak makan. Sampai rasa nak naikkan ke angka ganjil bilangan 7 biji kurma. Suami saya pun baru berjinak sama. Dia pun nak makan kurma, cari butter.

kurma campur butter

Butter asli ni lemak yang baik. Jangan guna marjerin, ButterCup, Sama sekali JANGAN! Yang tu tidak sihat untuk badan.

Ada yang kata, kurma dengan Ghee pun lagi bagus. Hat ni belum cuba. Nanti kita buat eksperimen. Antara Butter dengan kurma Ajwa vs Mariani, saya rasa ia LEBIH sedap makan dengan kurma Ajwa,

Ni ikut tekak saya lah.

Saya cuba mencari, dari mana asal usul menu TAMAR dan MENTEGA ni. Siapalah yang bagi idea yang luar biasa ni. Sesuai untuk orang yang rasa ‘berat’ nak makan kurma sebab manisnya itu.

Dan saya terjumpa satu artikel yang menyatakan ia telah wujud idea menu ini sejak dari zaman Rasulullah SAW.

Hadis Nabi saw :

Maksudnya: Disabitkan daripada Baginda : “Bahawa Baginda saw memakan tamar dengan mentega, memakan tamar dengan roti dan memakan tamar sahaja”. (Hadis dikeluarkan oleh Abu Daud 3259, dan oleh Ibnu Majah 3434.

Saya ingatkan ia benda baru, rupanya dah berkurun lama.

Cuma zaman Rasulullah tu, takdelah butter jenama Lurpak, SCS, Westgold, Anchor. Mereka buat sendiri je. Mentega ni asal usulnya dari lemak tenusu. Boleh jadi lemak tenusu unta atau kambing. Wallahualam.


Nota kaki: Mentega dan Marjerin adalah dua benda berbeza. Pilihlah yang terbaik dan bersederhana.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN