Viral di TikTok baru baru ini sebuah restoran Jepun yang menyajikan daging bakar dengan harga yang murah! Tapi yang lagi bestnya mesti lah dagingnya yang sedap dan anda juga boleh mendapatkan unlimited daging bakar untuk satu jam hanya dengan harga RM 25 je seorang tau. Menarik kan?
Nama restoran ini adalah Samurai Yakiniku dan terletak di Bangi Gateway. Kedai ini masih baru lagi dan memang banyak lah pilihan daging dan sos yang anda boleh makan. Kalau anda yang berada di Bangi tu, memang rugi lah kalau anda tak singgah makan di sini.
Sebuah akaun di Tiktok @Nora.tqh ada berkongsi video di akaun miliknya dan pengalamanya makan di restoran itu. Menurutnya, anda boleh makan daging bakar sebanyak yang boleh selama satu jam.
Dan dalam package yang disertakan untuk anda adalah anda akan mendapat nasi, sup, salad, soy sauce dan air masak. Dan semuanya boleh tambah tau! Haa menarik kan?
Selain itu, daging yang anda boleh tambah dalam package ini adalah, shabu-shabu, yakiniku dan yakitori.
” Berbaloi dengan harga and daging dia sedap sangat ”
Anda tak perlu risau, sebab di restoran ini ada juga menyediakan menu lain seperti daging wagyu, ayam dan donburi. Jadi anda boleh lah merasai makanan Jepun yang lain.
” Ada je menu lain, so korang jangan risau yang paling penting kosongkan perut siap-siap ”
Rata-rata orang yang comment di Tiktok @Nora.tqh juga bersetuju dan mengatakan yang daging di restoran ini memang sedap dan berbaloi dengan harganya yang murah tu.
Jadi, kepada anda yang teringinkan nak makan daging bakar yang banyak dan murah anda jangan lepaskan peluang ini untuk makan di Restoran Samurai Yakiniku di Bangi ni okay!
http://www.tiktok.com/@nora_tqh/video/7104817159666175259?_t=8SqIbr8ZVIY&_r=1
Sumber: @Nora.tqh
Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…