Mari cuba buat Blackpink Oreo Cheesecake ini. Penuh warna merah jambu dan comel dibuatnya!
Baru-baru ini, jenama biskut Oreo baru saja melancarkan versi unik kolaborasinya bersama kumpulan penyanyi terkenal Korea Selatan iaitu Blackpink.
Baca juga: Cream Cheese Homemade, Guna 3 Bahan Dengan Modal RM13 Je!
Oreo X Blackpink ini sudah dijual di kedai-kedai, tetapi tidak semua kawasan memasuki produk merah jambu ini. Dalam bungkusan biskut ini terselit sekali kad gambar untuk peminat.
Tanpa membuang masa, jom ikuti resipi kreatif dari Umi Liza dan gambar dari Nadia Sukiman ini. Resipi asal sama seperti kita membuat cheesecake tanpa bakar, hanya meletakkan biskut oreo pink sebagai base kek dan inti cream cheese.
Bahan base kek:
Bahan cream cheese:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula untuk bahan base kek, sebatikan bahan dan tekan biar mampat. Bila sudah siap, letak dalam peti sejuk dan bekukan kira-kira 15 minit.
2. Untuk bahan cream cheese pula, putar cream cheese dan gula sampai hilang ketul-ketul dan gula hancur.
3. Masuk whiping cream, cream putih oreo, gelatin dan air lemon, putar lagi sampai sebati dan nampak gebus cantik.
4. Letak oreo yang dipatah-patahkan dalam adunan cream cheese, kacau kejap.
5. Letak adunan cream cheese atas base oreo yang dibekukan, hias dengan oreo ikut kreativiti kemudian masukkan dalam peti ais semalaman.
6. Bila dah semalaman, boleh sedia untuk dihidang dan dinikmati.
Selamat menikmati Oreo Cheesecake ini! Jangan lupa untuk berkongsi dengan kawan dan keluarga yang peminat Blackpink.
Sumber: Umi Liza, Nadia Sukiman
Baca juga: Cheesecake Guna 3 BAHAN, Memang Naik Gebu Macam Beli Kat Kedai
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…