Jom buat Biskut Sampan untuk kuih raya tahun ini. Awal 1970-an, kuih raya ini antara yang popular dan hanya orang kampung moden sahaja yang tahu membuatnya. Dulu payah orang nak kongsi resipi tau.
Kenapa namanya biskut sampan? Sebabnya kerana bentuk fizikalnya sama seperti itu. Bukan itu sahaja, kuih ini juga memerlukan acuan bentuk sampan yang dapat dibeli di kedai menjual barangan kek dan kuih-muih sahaja.
Ada pelbagai perisa dan versi biskut sampan ini. Antaranya nestum, kelapa kering, badam, butter, dan bermacam lagi.
Baca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya
Tapi zaman 70-an belum ada lagi perisa nestum untuk dijadikan inti. Hanya guna buah ceri berwarna merah dan hijau sahaja sebagai penyeri.
Jom kita ikut resipi dari perkongsian Cik Puan Mashitah Amin di laman Facebook ini. Perkongsian beliau juga telah meraih sehingga 1k shares tau! Memang resipi cara orang lama punya kerana guna inti kelapa kering.
Jom kita lihat cara membuatnya.
Bahan-bahan doh sampan:
Cara-cara buat doh sampan:
1. Satukan butter dan gula aising. Gaul hingga sebati guna mixer. Nak guna senduk pun tiada masalah.
2. Kemudian, masukkan telur dan esen vanila. Gaul rata.
3. Selepas sudah sebati, masukkan pula susu tepung dan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga habis.
4. Apabila bahan-bahan sudah sebati dan menjadi doh, uli kan ia sehingga doh menjadi lembut.
Bahan-bahan inti:
Cara-cara membuat inti:
1. Campurkan butter dan gula aising, gaul hingga sebati guna mixer.
2. Kemudian, tambah bahan-bahan inti lain dan gaul rata sahaja.
Cara buat biskut sampan:
1. Ambil doh sampan, tekap pada acuan berbentuk sampan.
2. Keluarkan elok-elok dan jangan buat terlalu tebal.
3. Masukkan pula bahan inti tadi. Ulang sehingga doh dan isi habis.
4. Semasa buat step ini, panaskan oven dahulu kira-kira 15 minit.
5. Dah panaskan oven, bakar biskut ini dengan suhu 170C kira-kira 20 hingga 25 minit.
Sudah siap kuih raya kita ini. Bagi yang baru nak merasa biskut sampan ini, memang akan menjadi kuih raya kegemaran korang sampai bila-bila.
Nanti bila dah ‘pro’, bolehlah buat untuk menjual untuk kuih orang lama-lama ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Cik Puan Mashitah Amin kerana sudi berkongsi resipi kuih ini.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Kuih Angku Versi Halal (Kuih Tradisional Cina) Lain Warna Lain Intinya, Tapi Sedap!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…