
Biskut Chip Coklat antara biskut kegemaran ramai kerana teksturnya yang rangup di luar tetapi lembut di dalam, ditambah pula dengan rasa coklat yang melimpah.
Resipi perkongsian Nurul Fariha bukan sahaja mudah dan pasti jadi, malah satu doh yang sama boleh dijadikan dua jenis, Biskut Chip Coklat dan red velvet yang rangup. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan, Rangup Dan Cair Di Mulut!
RESIPI BISKUT CHIP COKLAT

Bahan-bahan (doh asas):
- 310g tepung gandum
- 60g tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil baking soda
- 250g unsalted butter (boleh ganti marjerin)
- 1 biji telur gred A
- 200g gula perang (boleh kurangkan ke 150g jika tidak mahu terlalu manis)
- 1 sudu kecil esen vanila
- ½ sudu kecil garam (jika guna marjerin, garam boleh ditinggalkan)
- 4 sudu besar minyak jagung (boleh guna minyak masak biasa)
- 350g coklat chip
Bahan tambahan untuk red velvet cookies (pilihan):
Jika anda ingin pelbagaikan doh yang sama menjadi red velvet cookies, tambahkan:
- 1 sudu besar serbuk coklat
- 1 sudu besar red velvet emulco
- 100g white chocolate chips
*Nota: Boleh juga guna white chocolate chips sahaja mengikut citarasa, sama ada sedikit atau banyak.

Cara-cara penyediaan:
1. Satukan butter atau marjerin bersama brown sugar dan esen vanila. Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau spatula.
2. Masukkan telur dan kacau sehingga adunan menjadi licin dan sebati.
3. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan baking soda. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
4. Apabila hampir separuh tepung dimasukkan, tuangkan minyak berselang dengan baki tepung sehingga habis.
5. Masukkan coklat chip dan gaul sehingga sekata.
6. Simpan doh dalam peti sejuk minimum 1 jam (lebih cantik jika 3 jam) supaya biskut tidak melebar semasa dibakar.
7. Ambil doh menggunakan ½ sudu besar. Susun atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 10 hingga 15 minit. Masa bergantung kepada jenis oven masing-masing.
*Tip penting: Biskut akan kelihatan lembut ketika baru keluar dari oven, tetapi akan menjadi rangup selepas sejuk sepenuhnya.
Jika anda sedang mencari resipi biskut rangup dan pasti jadi, resipi ini memang pilihan tepat. Dengan satu doh sahaja, anda boleh hasilkan dua jenis biskut berbeza iaitu Biskut Chip Coklat klasik dan juga red velvet yang cantik berwarna merah.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Fariha
Baca juga: Biskut Cornflakes Tak Payah Bakar, Guna 3 Bahan Tapi Rangup Bukan Main
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














