Terdapat pelbagai jenis kuih bingka yang ada sekarang, tapi kuih Bingka Durian adalah antara kuih yang paling disukai ramai.
Kuih Bingka juga dipanggil sebagai kuih bakar atau bengkang, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di kalangan masyarakat Melayu di kampung.
Orang dulu-dulu memang suka buat kuih Bingka yang sedap belaka dengan menggunakan cara kukus atau bakar dan salah satunya ialah kuih Bingka Durian.
Hasil kuih Bingka Durian yang dikongsikan oleh Bunga Dahlia di Facebook ini bukan saja nampak menyelerakan, malah resipinya juga cukup mudah dibuat. Jom cuba!
Baca juga: 10 Jenis Durian Di Malaysia Yang Popular, No. 5 Tu Ramai Yang Suka!
RESIPI BINGKA DURIAN
Bahan-bahan:
- 1 cawan setengah tepung gandum
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
- 1 cawan santan
- 1 cawan susu cair
- Secubit garam
- 1 cawan air
- 1 cawan isi durian
- Bijan
- Pewarna kuning
Cara-cara:
1. Campur semua bahan, kemudian bancuh sehingga sebati.
2. Masukkan adunan dalam loyang dan tabur bijan.
3. Akhir sekali, bakar pada suhu 180ºC dengan menggunakan api atas bawah selama 1 jam, kemudian tunggu sejuk dan boleh dipotong. Siap untuk dinikmati!
Jika ada lebihan durian di rumah, boleh cuba buat kuih Bingka Durian yang cukup dengan rasa lemak manis dan pastinya anda akan makan sampai tak beringat.
Lebih elok jika gunakan isi durian yang berkualiti supaya kuih Bingka Durian anda terasa lebih sedap daripada biasa.
Jika isi durian yang nak digunakan itu keras sedikit, anda perlu kisar halus supaya tekstur kuih anda jadi lebih lembut.
Namun, tiada masalah jika isi durian sudah sedia lembut, malah anda akan terasa isinya semasa makan kuih ini nanti.
Sesetengah orang makan kuih ini sebagai sarapan, tapi ia juga sesuai untuk minum petang. Anda boleh nikmatinya bersama kopi atau teh yang panas.
Selamat mencuba!
Sumber: Bunga Dahlia
Baca juga: Cucur Durian Anti Gagal, Lembut Dan Gebu Sampai Makan Berulang Kali