PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-09-03 09:32:53
Tidak dinafikan, petai sememangnya menjadi antara ulam kegemaran ramai orang. Petai ini boleh dimakan bersama lauk-lauk seperti sambal udang petai, sambal goreng jawa dan juga boleh dimakan begitu saja. Namun, apa yang menjadikan masalah ialah mulut akan berbau busuk apabila memakannya. Walaupun sudah mencuba bermacam-macam cara untuk menghilangkan bau mulut, namun masih gagal untuk mengatasinya.
Jangan risau, ini ada cara yang terbaik dan berkesan untuk menghilangkan bau petai di mulut. Menariknya, bahan yang diperlukan hanya menggunakan terung sahaja! Petua ini terbukti berkesan di mana bau mulut akan hilang dalam masa seminit sahaja. Oleh itu, jom ikuti perkongsian daripada Bee Keng menerusi laman Facebook.
Sayur Terung
Terung ini berasal dari benua India dan ditaman di India dan China sejak 1500 tahun dahulu. Ramai yang masih belum tahu bahawa terung ini sebenarnya mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan diri kita. Sebagai contoh, sayur ini sangat kaya dengan vitamin dan antioksidan yang mampu menjauhkan kita daripada penyakit yang berbahaya seperti penyakit jantung. Bukan itu sahaja, sayur terung ini juga mempunyai elemen yang boleh bantu menghilangkan bau mulut.
Caranya sangat mudah dan ringkas! Anda cuma perlu potongkan sahaja terung mentah kira-kira dalam 1 ke 2 cm dan terus kunyah selama seminit. Selepas kunyah anda boleh telan terung tersebut atau dibuang ikut keselesaan masing-masing. Ada yang mengatakan terung mentah ini rasanya manis dan sangat sedap jika dimakan. Bagi yang sukakan ulaman terung, anda juga boleh merebus dahulu terung sebelum memakannya pada akhir juadah sebagai penghilang bau. Anda akan lihat hasilnya yang sangat bagus selepas memakan terung tersebut.
Ada satu lagi cara yang berkesan untuk menghilangkan bau tandas yang disebabkan oleh petai. Caranya adalah dengan meletak sebiji terung yang sudah tidak mahu dipakai. Kemudian, tinggalkan di atas lantai tandas semalaman dan bau akan hilang dengan secepat mungkin.
Mudah saja kan? Selepas ini anda tidak perlu lagi risau atau malu untuk bersemuka dengan orang kerana bau mulut kerana memakan petai.. Hanya kunyah terung selama seminit sudah cukup untuk mengatasi masalah bau busuk. Semoga petua ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…