bihun sup ala vietnam

Bihun sup ala Vietnam biasanya merujuk pada mi atau bihun yang digunakan dalam hidangan sup ala Vietnam. Mi tersebut sering disebut sebagai “bun” dalam bahasa Vietnam.

Bihun sup versi ini umumnya dibuat dari beras dan memiliki tekstur yang lembut. Bihun ini menjadi bahan utama dalam banyak hidangan Vietnam, termasuk sup.

Sup ala Vietnam biasanya disebut “pho” dan merupakan hidangan khas yang sangat popular di Vietnam dan juga di seluruh dunia. Pho terdiri dari mi (bihun), rempah ratus, daging (biasanya irisan tipis daging lembu), dan pelbagai bahan tambahan seperti cili potong, daun bawang, daun ketumbar, dan tauge.

Baca juga: Sup Ketam Resipi MUDAH, Sedap Hirup Kuah Masa Cuaca Sejuk-Sejuk

Hidangan ini sering disajikan dengan hirisan bawang merah, cili, dan bahan tambahan lainnya yang dapat ditambahkan sesuai selera.

Pho Vietnam adalah hidangan yang kaya akan rasa, dan bihun sup ala Vietnam menjadi salah satu elemen utama dalam menciptakan hidangan ini.


RESIPI BIHUN SUP ALA VIETNAM (PHO NOODLE)

bihun sup ala vietnam

Bahan utama:

  • Ayam/Daging – Rebus protein untuk dijadikan sup

Bahan-bahan sangai untuk sup:

  • Kayu manis 2 batang
  • Lawang 5 kuntum
  • Cengkeh 5 kuntum
  • Biji ketumbar 2 sudu besar
  • Bawang holland 2 biji – belah dua
  • Bawang putih 5 ulas – belah dua
  • Halia besar tapak tangan –  hiris nipis

Cara penyediaan sup: 

  1. Semua bahan ini juga sangai atas api sampai agak garing. Hitam-hitam sedikit pun tak apa.
  2. Bila ayam tengah mendidih masuk semua bahan yg kita sangai tadi
  3. Letak gula batu sikit
  4. Garam perasa
  5. Satu pokok ketumbar dengan akar-akarnya
  6. Masak sampai mendidih
  7. Asingkan ayam dan carik-carikkan
  8. Kuah tadi tapis sebab kita nak kuah yang jernih tanpa segala rempah tadi.

Bahan-bahan ulam:

  • Daun kemangi atau thai basil atau selasih..tatau la nama dia..yg ada bunga purple skit tu..daun ni wajib
  • Daun pudina
  • Tauge kering
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar siam kalau ada
  • Daun ketumbar

Cara penyediaan ulam:

  1. Semua daun-daun segar tak perlu rebus.
  2. Sayur memang banyak. Kalau suka boleh masuk daun bawang juga. Memang orang Vietnam suka sayur-sayur segar.

Bahan-bahan sambal kicap:

  • Cili padi cincang halus
  • Bawang putih cincang halus
  • Gula
  • Kicap sotong
  • Limau nipis

Cara penyediaan sambal kicap: Campur semua


Selamat mencuba.

Sumber: KeDapur

Baca juga: Sup Dumpling + Mee Wantan Kicap, Sedap Lembut ‘Berenang’ Dalam Mulut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN