Categories: Resipi

Mihun Rebus Sedap Ada Rahsianya, Rupanya Kena Kisar Bahan Ini

Bihun Rebus Terengganu ini sesuai buat mereka yang inginkan sesuatu yang simple untuk makan malam.

Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup ringkas. Cara memasaknya pula tidak mengambil masa yang lama, sekejap saja dah boleh makan.

Menurut empunya resipi, ada rahsia untuk menjadikan kuah lebih sedap dan secukup rasa. Jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui resipi penuh.

Baca juga: Tips Goreng Mihun Supaya Tak Hancur, Lembut Elok & Tahan Sampai Malam

CARA BUAT BIHUN REBUS TERENGGANU

Bahan Kisar:

Bahan Lain:

  • Isi ayam
  • Sayur-sayuran (pilihan sendiri)
  • Lada hitam (ditumbuk kasar atau serbuk)
  • Cili padi
  • Telur
  • Garam
  • Bihun atau mee (nak celur pun boleh, nak masak sekali dalam kuah terus pun boleh)

Cara-cara:

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan air secukupnya mengikut kuantiti kuah yang diinginkan, kemudian masukkan isi ayam.
  3. Masukkan serbuk lada hitam. Bila sudah mendidih, masukkan sayur-sayuran, cili padi yang diketuk, telur, dan garam.
  4. Jika bihun atau mee ingin dicelur, celur terlebih dahulu kerana ada yang mungkin ingin makan lambat. Jika mahu masukkan sekali dalam kuah semasa memasak pun boleh.

Nota: Rahsianya terletak pada bawang-bawang yang perlu dikisar dan diletakkan lebih sedikit untuk memberikan rasa manis pada kuah. Sebelum ini, hanya menumbuk bawang sahaja.

Kredit resipi dan gambar: Haniza Ishak

Baca juga: Resipi Mihun Sup Yang Ringkas & Sedap, Sekejap Je Dah Siap Masak!

Wan N

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

26 minutes ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

35 minutes ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

1 hour ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

17 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

17 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

17 hours ago