Categories: Resipi

Bihun Goreng Tomyam Resipi SIMPLE, Guna PES Ini Untuk Tambah Lagi Sedap!

Asyik goreng bihun biasa pun bosan juga, apa kata untuk sarapan pagi atau waktu makan petang, anda buat bihun goreng tomyam pula. 

Bihun goreng tomyam ini sekali buat mesti rasa nak makan selalu. Rasanya memang lain dari bihun goreng biasa kerana ada pedas-pedas masam. Memang sedap! 

Baca juga: Tip Masak Bihun Goreng Sedap, Masukkan SATU Bahan Ini Dalam Tumisan

Cara penyediaannya jugak berbeza. Bihun goreng tomyam ini selain guna pes tomyam, ia tak menggunakan bawang, cuma bawang putih saja. 

Ikuti resipi penuh dari perkongsian Cik Puan Rozmaliza Omar ini. 


RESIPI BIHUN GORENG TOMYAM

Hari ni no nasi. Lepas solat asar terus goreng Bihun Goreng Tomyam untuk makan tengahari merangkap minum petang kami. Jom tengok resepi.

Nak pastikan dapat rasa yang sedap paling penting kena pilih pes tomyam yang betul. Pilih yang ini ya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 bungkus bihun – rendam hingga lembut
6-7 ulas bawang putih**
5 biji cili padi**
3 sdb pes tom yum
2 sdb cili kisar
2 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan
Kubis dan carrot
1 ikat sawi
3 helai daun limau purut – dikoyak
Isi ayam, udang dan sotong – optional
1 cawan air
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tomyam. Tumis lagi.

3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.

4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih

5. Masukkan bihun, sayur-sayuran dan daun limau purut. Gaul rata hingga semua lembut masak sekata.

6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.


Selamat mencuba resipi bihun goreng versi ini.

Sumber: Facebook Rozmaliza Omar

Baca juga: Pes Tomyam Homemade Cara MUDAH, Rasa ‘Kaw’ Guna Resipi Ini

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago