Yogurt merupakan produk tenusu yang diperbuat melalui proses fermentasi. Bakteria yang digunakan untuk membuat yogurt dipanggil “kultur,” yang menghasilkan asid laktik-bahan menyumbang kepada rasa dan tekstur unik yogurt.
Yogurt boleh dibuat dari pelbagai jenis susu. Variasi yang diperbuat daripada susu dianggap kurang lemak, manakala yang diperbuat daripada susu biasa dianggap penuh lemak.
Malah, yogurt biasa dan Yogurt Greek diperbuat daripada bahan-bahan utama yang sama iaitu susu segar, ditambah dengan bakteria jenis Streptococcus dan Lactobacillus bulgaricus.
Apa Beza Yogurt Greek & Yogurt Biasa?
Yogurt Greek mempunyai tekstur pekat dan rasa yang lebih masam berbanding dengan yogurt biasa yang lebih cair dan lebih manis.
Selain itu, Yogurt Greek lebih mengengkan disebabkan oleh kandungan proteinnya yang tinggi. Ianya juga amat sesuai untuk ditambah di dalam smootie, buah-buahan dan bijiran untuk sarapan pagi (overnight oats).
Yogurt Greek juga boleh digunakan dalam masakan sebagai pengganti santan kelapa dalam masakan harian!
Mana Yang Lebih Elok?
Secara amnya (bergantung kepada jenama), yogurt Greek asli lebih RENDAH kalori, kandungan gula, karbohidrat dan lemak manakala TINGGI dalam kandungan protein dan kalsium berbanding dengan yogurt asli biasa. Namun, kedua-dua yogurt (Greek dan biasa) merupakan sumber magnesium, vitamin B12, dan iodin yang baik.
Jadi, mana yang harus anda pilih? Terpulang pada citarasa masing-masing, tetapi pilihlah yang asli, bukan yang berperisa.
Sumber: Magaret Sivapragasam