Udang merupakan salah satu makanan laut yang paling digemari oleh ramai orang. Namun, tidak semua udang adalah sama. Terdapat pelbagai jenis udang, tetapi ada dua yang sering dibincangkan iaitu udang laut dan udang bela.
Seperti haiwan lain, udang juga mempunyai pelbagai jenis. Dari segi saiz dan asal usul, ciri-ciri ini dapat dilihat melalui bentuk dan warna yang dipaparkan oleh udang tersebut.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara untuk membezakan kedua-dua jenis udang ini serta yang mana satu lebih sedap untuk dimasak. Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Baca juga: Resipi Udang Belon Rangup & Juicy, Kembang Bulat Elok Kejadiannya
CIRI-CIRI UDANG BELA
1. Warna kulit yang sama
Setiap ekor udang bela memiliki warna kulit yang sama.
2. Saiz yang konsisten
Udang bela biasanya dihasilkan dalam keadaan terkawal, menyebabkan setiap ekor udang memiliki saiz yang sama besar.
3. Badan berkilat dan cantik
Udang bela sering kali mempunyai badan yang berkilat dan cantik.
CIRI-CIRI UDANG LAUT
1. Mempunyai variasi saiz
Berbeza dengan udang bela, jenis udang ini datang dalam pelbagai saiz. Ada yang kecil dan ada yang besar.
2. Warna kulit yang berbeza
Jenis udang ini memiliki variasi warna yang berbeza dan tidak seragam antara satu sama lain.
YANG MANA SATU LAGI SEDAP?
Dari segi rasa, udang laut mempunyai rasa yang lebih manis dan lebih mudah dibersihkan. Selain itu, ia juga lebih mudah dikupas selepas dimasak berbanding udang bela.
Sumber: jason_jezi
Baca juga: Cara Simpan Udang Siap Kupas, Bila Nak Masak Tetap Segar & Kenyal