beza tarikh luput

Rupa-rupanya ada beza tarikh luput untuk’ Baik Sebelum’ dengan ‘Guna Sebelum’ pada label makanan untuk minuman yang wajib anda ketahui.

Kebiasaannya, apabila membeli barangan makanan di kedai, memang akan menyemak dahulu tarikh luput supaya tidak rugi membeli yang sudah rosak.

Baca juga: Jangan Terikut ‘Trend’ Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Bahaya! Ini Kesan Buruknya

Untuk menjadi pengguna yang bijak, jom ketahui perbezaan kedua-dua jenis label tarikh luput ini. Menerusi hantaran Facebook dari KPDN Laman Rasmi, label ini digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan, minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri, dan macam-macam lagi.


BEZA TARIKH LUPUT PADA LABEL MAKANAN

beza tarikh luput

1. Guna Sebelum (Use by)

  • Tarikh yang tertera sebagai ‘Guna Sebelum’ ialah akhir sesuatu produk itu selamat untuk dimakan.
  • Kebiasaannya, ia  digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur, dan sebagainya.
  • Bagi produk makanan yang dilabel sebegini, haruslah dibuang serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.

2. Baik Sebelum (Best before)

  • Tarikh untuk label ‘Baik Sebelum’ menunjukkan sifat atau kualiti produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan.
  • Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah tidak boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
  • Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan.
  • Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan.
  • Sekiranya terdapat perubahan-perubahan tersebut, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 7 Jenis Sayur Paling Banyak Khasiat, Baru ‘Balance’ Diet Harian!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN