Rupa-rupanya, ada beza santan segar, santan kotak dan serbuk santan ketika hendak memasak. Fungsinya juga berbeza walaupun ia adalah santan.
Seperti yang anda tahu, kebanyakan resipi atau masakan seperti menu kampung memang mengunakan santan sebagai bahan asas.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi ‘Hacks’ Simpan Santan Segar Untuk Makanan Bayi, Kreatif Sangat!
Menu berasaskan santan juga mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Sedap, berlemak dan menambah rasa. Contoh lauk ialah aneka rendang dan gulai lemak.
Mari kita lihat perbezaan di antara ketiga-ketiga santan ini ketika memasak.
BEZA SANTAN SEGAR, SANTAN KOTAK & SERBUK SANTAN
1. Santan Segar
Lebih dikenali sebagai santan pekat kerana mempunyai kepekatan yang tinggi berbanding santan yang lain. Ramai yang membuat santan segar sendiri di rumah kerana lebih puas dan tidak banyak dicampur dengan air.
Santan jenis ini sesuai untuk masakan kampung seperti gulai atau masakan berkuah yang lain kerana mempunyai tekstur yang pekat dan likat
2. Santan Kotak
Santan kotak memang banyak digunakan dalam pelbagai masakan kerana ia mudah untuk didapati. Sesuai untuk yang ingin mula belajar memasak atau cari jalan mudah untuk mendapatkan santan.
Santan kotak juga ada dua jenis iaitu jenis cair dan jenis pekat. Sebelum membelinya, pastikan anda perhatikan label dengan betul.
Terdapat pelbagai jenama santan kotak yang ada di pasaran dan setiap jenama ini juga berbeza tekstur, rasa dan kepekatan.
3. Serbuk Santan
Pasti ada dalam kalangan anda yang suka masak menggunakan serbuk santan ini. Antara sebab ramai yang menggunakannya kerana mudah disimpan, murah, tahan lama dan kekal berkrim.
Serbuk santan ini sedap digunakan untuk membuat pencuci mulut seperti agar-agar, kek, puding yang memerlukan santan.
Tak peliklah jika ada yang menggunakan serbuk santan untuk mengantikan penggunaan susu dalam masakan.
Jika untuk masakan lain, serbuk santan dikatakan lebih sedap digunakan untuk memasak nasi lemak kerana lebih lemak berkrim dan aromanya juga lebih menyerlah.
Semoga bermanfaat!
Sumber: @iamiza
Baca juga: Resipi Terung Bakar Santan Yang Mudah & Sedap, Aromanya Pasti Memikat!