betik masak bening

Betik masak bening ini sudah cukup lazat jika dihirup sewaktu masih panas, apatah lagi jika dimakan dengan nasi putih. Bertambah-tambah kenikmatannya!

Menu ini bukan saja sedap, malah ia mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk ibu berpantang dan menyusukan bayi. Betik juga dipercayai dapat melancarkan pengaliran susu badan dan meningkatkan kuantiti susu badan ibu.

Selain itu, betik juga boleh melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan masalah sembelit. Oleh itu, mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak lauk tersebut di bawah.

Baca juga: Gulai Betik Muda Dengan Ikan Kering, Lauk Tradisi Orang ‘Nismilan’

RESIPI BETIK MASAK BENING

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Didihkan air di dalam periuk bersama bawang merah, ikan bilis dan betik.

2. Apabila air sudah menggelegak, tambahkan garam, lada hitam dan serbuk perasa secukupnya.

3. Akhir sekali, boleh masukkan daun selasih, daun kemangi atau daun kunyit. Boleh guna salah satu dari tiga daun yang disukai.

4. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

betik masak bening

Jika anda suka masakan kampung, memang wajib cuba menu ini. Ia cukup sedap jika dimakan bersama ikan goreng. Dijamin akan tambah nasi berpinggan-pinggan! 

Kredit resipi dan gambar: Lynn Fadzil

Baca juga: Resipi Jeruk Betik Yang Bikin Ketagih, Sekejap Je Habis Makan Sebalang!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN