PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-09-04 05:36:03
Biasanya kalau hujung minggu mesti ramai-ramai serbu pasar hajat nak beli barang dapur macam sayur untuk masak kat rumah. Beli pulak sekali so mestilah dalam kuantiti yang banyak. So macam mana nak simpan sayur so boleh tahan lebih lama? Meh sini, Admin share serba sedikit tips so korang tak rugi beli banyak-banyak.
1. Dahulukan Sayur Berdaun
Picture Credit: thedailymeal.com
Kena plan nak masak apa waktu beli sayur tu. Kalau boleh, pastikan korang masak sayur berdaun dulu. Tak boleh simpan lama-lama sebab daun cepat menguning kalau tak simpan elok-elok. So sayur berdaun sebaik-baiknya dimasak selepas satu atau dua hari saja lepas dibeli. Nanti dah kuning tak segar macam masa dibeli!
2. Elakkan Basuh Sebelum Simpan
Photo Credit: modernfarmer.com
Sayur kalau basah lagi cepat rosak. Lepas beli tu terus simpan. Basuh sebelum nak masak je. Kalau nak juga basuh, kena make sure sebelum simpan dia betul-betul kering. Kalau tak kemungkinan untuk rosak tu sangat besar. So alert ye korang. Bab basuh ni sangat penting untuk tentukan berapa lama sayur tahan.
3. Sediakan Bahan Untuk Menyimpan
Picture Credit: avidarmor.com
Nak simpan pun bukan simply campak semua sayur dalam peti ais ye guys. Haa, korang kena bungkus elok-elok sayur-sayur kalau nak tahan lama. Antara barang keperluan yang digalakkan ialah tisu dapur, beg Ziplock dan banyak tupperware. Satu bonus jugak kalau korang ada aluminium foil dengan wrap plastik.
Jenis Sayur Dan Cara Penyimpan
1. Cili (padi, merah dan hijau besar)
Photo Credit: dissolve.com
Masukkan cili dalam bekas tertutup, dilapikkan tisu kering dan letak bawang putih. Cili tu boleh tahan dalam 1 hingga 3 minggu.
2. Sayur Berdaun
Photo Credit: gofooddy.com
Lapik tisu kering dalam beg Ziplock dan masukkan sayur-sayur berdaun. Ketahanan semua sayur mungkin dalam 1 hingga 5 hari bergantung kepada jenis sayur.
3. Kacang Buncis, Kacang Panjang
Photo Credit: simplerecipes.com
Lapik tisu kering dalam beg Ziplock dan masukkan. Dijangka boleh tahan hingga 7 hari.
4. Tomato
Photo Credit: healthline.com
Simpan dalam bekas terbuka berlapikkan tisu dapur kering. Jangan tutup bekas tu sebab tomato keluarkan gas jenis ethylene yang boleh cepatkan proses ripening tomato. Ketahanan tomato yang belum masak dalam 1 hingga 2 minggu dan tomato yang dah masak pula hingga 7 hari.
Harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang simpan sayur dan berjimat dari segi pembelian dan makan. Effort tu kena ada. Takut cepat sangat sayur-sayur korang busuk. Jangan sampai terlambat!