beef shakshuka

Beef shakshuka adalah hidangan berasaskan daging cincang yang lazat dan berempah, berasal dari Timur Tengah. Juadah ini juga sangat mengenyangkan.

Hidangan ini biasanya disediakan dengan telur yang dimasak separuh masak di atas campuran daging dan sayur-sayuran, memberikan tekstur yang sangat lembut dan rasa yang sedap.

Resipi yang dikongsikan ini mudah untuk diikuti dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza di dapur.

Baca lagi: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin!

RESIPI BEEF SHAKSHUKA

Bahan-Bahan:

  • 300g daging cincang
  • 3 biji bawang Holland (bawang kuning)
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 batang leek (daun bawang besar)
  • 4 biji tomato
  • 250g tomato ceri
  • 1 tin kacang panggang (baked beans)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 helai daun salam (bay leaf)
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk cajun
  • 2 sudu besar serbuk paprika
  • 2 sudu besar serbuk bawang putih (garlic powder)
  • 3 sudu besar yogurt
  • 100g mentega
  • 6 sudu besar minyak zaitun
  • 1 ikat daun parsley (daun ketumbar)

Cara-Cara Penyediaan:

1.  Panaskan minyak zaitun bersama mentega dalam kuali. Setelah mentega cair dan minyak panas, tumis bawang Holland yang telah dihiris, bawang putih yang dicincang, dan leek yang dipotong halus.

2. Tumis sehingga bawang menjadi garing dan berbau harum.

3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu dan tomato ceri ke dalam kuali. Kacau sehingga tomato menjadi lembut dan hancur, memberikan kuah yang kaya dan pekat.

4. Masukkan daging cincang ke dalam kuali dan kacau rata. Tambahkan sedikit air untuk membantu melembutkan daging. Masak sehingga daging berubah warna dan menjadi empuk.

5. Setelah daging masak, masukkan serbuk jintan putih, serbuk cajun, serbuk paprika, dan serbuk bawang putih. Kacau sehingga rempah menyelaputi daging dan mengeluarkan aroma wangi.

6. Masukkan kacang panggang (baked beans), kiub ayam, sedikit gula, garam, dan yogurt ke dalam kuali. Jika campuran terlalu kering dan daging belum cukup lembut, tambahkan sedikit air.

7. Masak sehingga semua bahan sebati dan kuah menjadi pekat mengikut selera anda.

8. Akhir sekali, masukkan daun parsley yang telah dicincang ke dalam campuran daging. Kacau dan masak sehingga kuah mencapai kekeringan yang sesuai dengan selera anda. Tutup api dan hidangkan.

9.  Untuk hidangan yang lebih lengkap, anda boleh mengasingkan sedikit campuran shakshuka ke dalam kuali kecil. Pecahkan telur di atas campuran ini dan masak dengan api kecil sehingga telur menjadi separuh masak.

10. Hidangkan segera bersama roti atau nasi.

Sumber: Anna Yus

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN