Categories: Tips & Petua

Tips Buat Bawang Goreng Tanpa Guna Tepung, Tapi Tetap Rangup & Tahan Lama!

Sesetengah masakan akan bertambah sedap apabila ditaburkan dengan bawang goreng rangup. Rasa tidak lengkap sekiranya makanan seperti soto, bihun goreng, bihun sup, mi goreng atau nasi goreng jika tidak diserikan dengan taburan bawang goreng.

Walaupun kini bawang goreng ready made mudah didapati di mana-mana kedai, tetapi tentu ramai yang ingin cuba membuatnya sendiri di rumah. Bagi yang tak biasa buat, bawang mungkin akan terlembik, hangit, pahit dan cepat lemau.

Oleh itu, jom MyResipi kongsikan tips membuat bawang goreng yang rangup dan tahan lama tanpa menggunakan tepung. Tetapi hasilnya bawang rangup tetap rangup kruk krak!

Baca juga: Rupanya Ini Petua Sotong Goreng Rangup, Tepung ‘Tak Lari’ & Melekat Elok!

TIPS BUAT BAWANG GORENG RANGUP TANPA TEPUNG

Bahan-bahan:

  • Bawang rose
  • Garam halus

Cara-cara:

  1. Hiris bawang rose. Kemudian gaul dengan garam halus sebelum digoreng.
  2. Pastikan guna minyak yang banyak semasa menggoreng.
  3. Apabila bawang sudah kelihatan berwarna perang keemasan, padam api dan terus angkat. Bawang akan garing dengan sendiri sebab masih panas.
  4. Jangan tunggu gelap baru keluarkan, nanti hangus dan rasa pahit sebab minyak yang melekat di bawang akan memasakkan dengan sendiri.
  5. Walaupun tak letak tepung, bawang goreng tetap rang!up dan tahan lama.
  6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Hamidah Hamid

Baca juga: Petola Ular Goreng Rangup Macam Mamak, Tak Ada Pahit Langsung!

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

3 days ago