Kalau tanya orang Jawa, pernah makan Bawal Masak Lemak Cekur tak? Mesti mereka akan jawab pernah. Biasanya ia dimasak menggunakan ikan keli.
Sebenarnya ia merupakan salah satu makanan tradisi orang Jawa. Bahan asasnya ialah cekur yang membuatkan masakan lemak ini terasa sangat enak.
Oleh sebab cekur mengandungi vitamin C, jadi banyaklah kebaikan cekur ini untuk kesihatan. Antaranya membuang angin dalam badan dan wajah kelihatan awet muda.
Baca juga: Resipi Ikan Bawal Masak Kicap, Menu Sangat Ringkas & Lazat Tak Terkata!
Keharuman bau cekur, kelembutan isi ikan dan rasa masin lemak santan sangat membangkitkan selera. Sekali cuba pasti teringat-ingat.
Berminat untuk merasai bagaimana masakan orang Jawa ini? Tak perlu keluar mencarinya, anda boleh buat sendiri di rumah.
Anda hanya perlu ikuti resipi di bawah yang dikongsikan oleh Norhidana di blog miliknya. Tak susah mana pun!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Goreng ikan bawal dengan garam dan kunyit.
2. Tumbuk cekur, bawang putih, bawang merah kecil dan cili api.
3. Masak kan semua bahan tumbuk dengan secawan air dengan api sederhana selama 5minit. Biarkan bahan tumbuk masak.
4. Masukkan asam jawa dan santan. Tambahkan gula dan air secawan. Masak dengan api perlahan hingga mendidih berbuih kecil. Sentiasa kacau.
5. Masukkan ikan goreng. Perasakan dengan garam. Biarkan kuah mendidih berbuih kecil. Masih gunakan api kecil. Bila dah cukup rasa boleh matikan api. Siap!
Anda boleh juga buat kuahnya jadi pekat. Kemudian tuangkan pada ikan yang telah digoreng. Sesetengah orang lebih suka untuk terus masukkan ikan goreng ke dalam kuah supaya pekatnya terasa semua perasa.
Masakan orang Jawa memang sentiasa buat orang terliur melihatnya. Kalau ada resipi lain, kami akan kongsikan lagi. Selamat mencuba!
Sumber: Norhidana
Baca juga: Resipi Ikan Bawal Sambal, Tumis Sampai Warna Merah Gelap Macam Ini Baru Padu!
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…